Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780097
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAida Hanim A. Hamid, Dr.en_US
dc.contributor.advisorMohd Izham Mohd Hamzah, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorBity Salwana Alias, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorSalmiwati Othman (P108168)en_US
dc.date.accessioned2025-07-25T01:36:50Z-
dc.date.available2025-07-25T01:36:50Z-
dc.date.issued2024-10-02-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780097-
dc.description.abstractInstitusi pendidikan tinggi negara yang melibatkan universiti awam mengalami revolusi yang cepat, progresif serta sentiasa berubah.Kepimpinan menjadi skop penelitian para penyelidik kerana tunjang sesebuah institusi itu adalah terletak kepada kepimpinan termasuk kepimpinan wanita. SDG5 iaitu penglibatan wanita dalam pembuatan keputusan utama menjadi salah satu indikator dalam pengukuran jurang jantina dalam kepimpinan. Perwakilan kurang 30 peratus, jenis kepimpinan yang tidak bersesuaian, persepsi serta stereotaip, kompetensi wanita yang diragukan, kekurangan mentor tokoh pemimpin akademik wanita serta struktur organisasi yang mencabar merupakan antara faktor menyebabkan wanita sukar dilantik ke jawatan kepimpinan yang lebih tinggi. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk meneroka dan mengenal pasti hubungan kepimpinan transformasional terhadap kompetensi dan iklim organisasi dalam kalangan pemimpin akademik wanita universiti awam di Malaysia serta menguji pengantara ganjaran dan keseimbangan kerja kehidupan. Kajian ini adalah menggunakan kaedah campuran melibatkan 6 orang informan diperingkat kualitatif terdiri daripada Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor universiti awam Malaysia serta 365 orang responden akademik wanitta pelbagai latar-belakang jawatan barisan pertengahan. Analisis Atlas Ti Versi 23 dan Smart PLS Versi 4 telah digunakan untuk menganalisa data yang diperolehi. Dapatan kajian mendapati tema bagi dimensi kepimpinan transformasional terdiri (9) tema, kompetensi pemimpin wanita akademik terdiri (15) tema dan bagi iklim organisasi(12) tema telah terhasil. Selain itu, dapatan kajian mendapati hanya 5 hipotesis positif dan disokong dan 1 hipotesis tidak disokong. Dapatan kajian menunjukkan kepimpinan transformasional mempunyai hubungan positif dengan kompetensi dan iklim organisasi. Walaubagaimanapun, ganjaran bukanlah pengantara hubungan yang positif dengan kompetensi dan hipotesis tersebut adalah tidak disokong. Secara keseluruhannya, satu model hubungan kepimpinan wanita “Model Kepimpinan Wanita Universiti Awam” telah terhasil, diuji dan mempunyai nilai peramalan yang tinggi. Implikasi kajian dalam konteks komuniti memberi pendekatan baharu kepada pembuat dasar, pengurusan universiti awam serta pemimpin akademik wanita berkaitan penelitian semula dasar serta polisi sedia ada, perbanyakkan peluang jawatan kepimpinan. latihan komperehensif berfokuskan jantina, pementoran dan peningkatan keupayaan pemimpin akademik wanita. Penyelidikan ini juga menyarankan beberapa cadangan kajian lanjutan melibatkan aspek institusi, pembolehubah serta negara ASEAN bertujuan memperkasakan wanita dalam kepimpinan agar universiti awam tidak ketandusan bakat dalam pendidikan tinggi negara.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectWomen college administrators -- Malaysiaen_US
dc.subjectLeadership in women -- Malaysiaen_US
dc.subjectTransformational leadership -- Malaysiaen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePengaruh kepimpinan transformasional dan iklim organisasi terhadap kompetensi pemimpin akademik wanita universiti awam di Malaysiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages487en_US
dc.identifier.callnoLB2341.S235 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007600en_US
dc.format.degreePh.D.en_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.