Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780095
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKamisah Osman, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorNazrul Anuar Nayan, Prof. Madya Dr. Ir.en_US
dc.contributor.authorNorhaslinda Abdul Samad (P107708)en_US
dc.date.accessioned2025-07-25T01:34:14Z-
dc.date.available2025-07-25T01:34:14Z-
dc.date.issued2024-10-05-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780095-
dc.description.abstractDasar Pendidikan Digital (DPD) menganjakkan perubahan landskap pendidikan digital bagi membentuk generasi fasih digital yang berdaya saing menerusi peningkatan pengetahuan, kemahiran dan nilai murid. Justeru, Malaysia perlu menjelmakan murid yang bukan sahaja berpengetahuan tinggi dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) terutamanya kimia, malah menguasai kemahiran abad ke-21 seperti kemahiran pemikiran komputasional serta memiliki sikap yang positif. Namun begitu, terdapat cabaran bagi membentuk murid yang kompeten dalam kimia dan menguasai kemahiran pemikiran komputasional serta sikap optimis terhadap pemikiran komputasional. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk membangunkan Modul CThink4CS2 dan menilai keberkesanannya terhadap pencapaian dalam topik Garam, kemahiran pemikiran komputasional dan sikap terhadap pemikiran komputasional. Modul CThink4CS2 dibangunkan dengan penekanan konsep pemikiran komputasional yang berlandaskan penerokaan inkuiri dan diintegrasikan dengan pembelajaran melalui mereka bentuk. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian reka bentuk dan pembangunan (DDR) dengan kaedah kuasi eksperimen ujian pra dan pasca kumpulan kawalan tidak setara yang melibatkan 73 murid tingkatan empat (40 lelaki dan 33 perempuan) dari dua buah sekolah di Negeri Sembilan. Sebuah sekolah telah dipilih secara rawak sebagai kumpulan rawatan dan sebuah sekolah berperanan sebagai kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan menerima intervensi Modul CThink4CS2 bagi topik Garam manakala kumpulan kawalan menjalani pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara konvensional berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) kimia. Instrumen yang digunakan ialah Ujian Pencapaian Topik Garam (UPTG), Ujian Kemahiran Pemikiran Komputasional (UKPK) dan Soal Selidik Sikap terhadap Pemikiran Komputasional (SSSPK). Berdasarkan keputusan analisis ANOVA dua-hala, terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dari aspek pencapaian murid dalam topik Garam. Keputusan analisis MANOVA dua hala pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dari aspek kemahiran pemikiran komputasional. Selain itu, analisis MANOVA dua hala tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan dari aspek sikap terhadap pemikiran komputasional. Bagi perbandingan antara jantina dan kesan interaksi antara kumpulan dan jantina, keputusan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi ketiga-tiga aspek iaitu pencapaian topik Garam, kemahiran pemikiran komputasional dan sikap terhadap pemikiran komputasional. Oleh itu, Modul CThink4CS2 didapati berkesan dalam membantu murid menguasai pengetahuan kimia dan menerapkan kemahiran pemikiran komputasional. Justeru, dapatan kajian ini mengimplikasikan bahawa penyepaduan konsep pemikiran komputasional dalam mata pelajaran kimia meningkatkan pencapaian topik garam dan kemahiran pemikiran komputasional serta mengecilkan jurang perbezaan jantina dalam aspek tersebut.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectEducational technologyen_US
dc.subjectTeaching -- Aids and devicesen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePembangunan dan keberkesanan modul CThink4CS2 terhadap pencapaian topik garam, pemikiran komputasional dan sikap terhadap pemikiran komputasionalen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages395en_US
dc.identifier.callnoLB1028.3.N6377 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007598en_US
dc.format.degreePh.D.en_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.