Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780089
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorIntan Farahana Abdul Rani, Dr.en_US
dc.contributor.advisorFatin Aliana Mohd Radzi, Dr.en_US
dc.contributor.advisorAzhar Md Adnan, Prof Dr.en_US
dc.contributor.advisorAliza Ali, Dr.en_US
dc.contributor.authorSee, Jia Qi (P120736)en_US
dc.date.accessioned2025-07-24T08:42:00Z-
dc.date.available2025-07-24T08:42:00Z-
dc.date.issued2024-08-19-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780089-
dc.description.abstractDalam sistem pendidikan awal kanak-kanak (PAKK), pembelajaran aktif yang bersesuaian dengan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) ini telah dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dengan secara tidak langsung. Pembelajaran aktif merupakan satu pendekatan yang berpusatkan kanak-kanak bagi melibatkan mereka secara langsung dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Namun, topik kajian yang berkaitan dengan pendekatan yang amat berkesan ini masih terhad dikaji dalam bidang PAKK ini. Sekiranya terdapat kajian yang berkaitan, ia hanya terbatas kepada tadika kerajaan atau peringkat sekolah lain, mahupun terhad kepada penggunaan penyelidikan kualitatif. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang pengetahuan, sikap, strategi dan cabaran guru prasekolah swasta dalam pelaksanaan amalan pembelajaran aktif. Pendekatan kuantitatif yang bersifat tinjauan telah diguna pakai untuk mencapai lima objektif kajian ini. Instrumen soal selidik telah diedarkan kepada 362 orang guru prasekolah swasta yang berkhidmat di negeri Johor. Sebelum menjalankan kajian sebenar, kajian rintis telah dijalankan bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian ini. Bagi penganalisisan data kajian ini, Statistical Package for Social Sciences (SPSS) telah digunakan untuk menganalisis data kajian ini secara deskriptif dan inferensi. Hasil kajian ini menunjukkan tahap pengetahuan, sikap dan amalan guru prasekolah swasta dalam pelaksanaan pembelajaran aktif hanya berada pada tahap yang sederhana-tinggi. Selanjutnya, dapat dilihat dengan jelas strategi pembelajaran aktif yang kerap digunakan oleh guru prasekolah swasta adalah perbincangan kumpulan dan projek secara kumpulan, manakala kaedah main peranan dan lawatan sambil belajar jarang dilaksanakan oleh mereka dalam sesi PdP. Dari segi cabaran, majoriti guru prasekolah swasta menyatakan bahawa mereka berhadapan dengan tahap sokongan ibu bapa yang rendah dan peruntukan masa yang terhad semasa merancang aktiviti pembelajaran aktif. Seterusnya, hasil kajian ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan dan sikap dengan pelaksanaan amalan pembelajaran aktif oleh guru prasekolah. Sebaliknya, dapatan kajian membuktikan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengetahuan, sikap dan amalan guru prasekolah swasta dalam pelaksanaan pembelajaran aktif berdasarkan tahap pendidikan mereka. Walaubagaimanapun, hasil kajian ini telah menyumbang kepada pelbagai pihak berkepentingan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Persatuan Tadika Swasta Johor (PTSJ), pensyarah PAKK dan pihak pentadbir. Begitu juga, ia telah memberi sumbangan kepada penggabungan model dan teori yang berkaitan dengan pembelajaran aktif. Sumbangan ini adalah penting untuk meningkatkan kesediaan guru prasekolah swasta dalam pelaksanaan pedagogi yang berkualiti serta dapat membantu sistem pendidikan PAKK kita menjurus ke taraf dunia.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectEarly childhood educationen_US
dc.subjectPreschool teachersen_US
dc.subjectActive learningen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePengetahuan, sikap, strategi dan cabaran guru prasekolah swasta dalam pelaksanaan amalan pembelajaran aktifen_US
dc.typeThesesen_US
dc.identifier.callnoLB1139.23.S44 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007546en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengetahuan, sikap, strategi dan cabaran guru prasekolah swasta dalam pelaksanaan amalan pembelajaran aktif.pdf
  Restricted Access
Full-text3.22 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.