Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780077
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Fariza Md Sham, Prof. Dato' Dr. | en_US |
dc.contributor.advisor | A’dawiyah Ismail, Prof. Madya Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Noor Izzati Mohd Zawawi (P88254) | en_US |
dc.date.accessioned | 2025-07-24T08:22:28Z | - |
dc.date.available | 2025-07-24T08:22:28Z | - |
dc.date.issued | 2024-02-13 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780077 | - |
dc.description.abstract | Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dikaitkan dengan pelajar pintar dan cemerlang dalam pelbagai bidang. Namun, pada masa yang sama, mereka turut mengalami stres. Walaupun terdapat pelbagai program dijalankan oleh pihak MRSM dalam menangani stres pelajar, kemungkinan pendekatan secara tazkiyat al-nafs tidak diaplikasikan secara meluas dalam menangani masalah stres pelajar cemerlang ini. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis simptom dan faktor stres dalam kalangan remaja cemerlang MRSM serta pendekatan tazkiyat al-nafs dalam menangani isu tersebut. Kajian ini juga menganalisis hubungan antara simptom, faktor dan pendekatan menangani stres remaja cemerlang secara umum dan tazkiyat al-nafs. Responden kajian adalah seramai 465 pelajar daripada 10 MRSM yang dipilih berdasarkan kaedah persampelan rawak berkelompok dua lapis. Manakala 21 orang guru terlibat sebagai peserta kajian untuk temu bual. Reka bentuk kajian tinjauan dipilih dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama dan temu bual berstruktur dengan pentadbir dan guru-guru di MRSM bagi menyokong dapatan kajian. Hasil kajian mendapati simptom stres terdiri daripada 3 konstruk (emosional, fizikal dan sikap). Daripada ketiga-tiga konstruk ini, nilai min tertinggi diperolehi daripada simptom emosional (2.03). Ini diikuti oleh simptom fizikal (1.89) dan akhir sekali simptom sikap (1.24). Faktor stres dalam kalangan pelajar cemerlang MRSM yang dikaji pula berada pada tahap sederhana dengan min keseluruhan faktor stres pada nilai 2.16. Hasil analisis mendapati nilai min tertinggi ditunjukkan oleh faktor akademik (2.66), diikuti oleh faktor persekitaran (2.13), faktor agama (2.02) dan faktor hubungan interpersonal (1.97). Di samping itu, korelasi positif r(465)=.585 ditunjukkan oleh simptom stres dan faktor stres. Dari segi pendekatan menangani stres pula, kajian ini mendapati pelajar cemerlang ini lebih cenderung untuk menggunakan pendekatan tazkiyat al-nafs berbanding pendekatan secara umum dengan nilai min 3.35 berbanding 3.04. Namun demikian kedua-dua pendekatan saling berkorelasi secara positif r(465) =.621. Justeru, pihak berkenaan disaran untuk memantapkan pendekatan tazkiyat al-nafs dalam menangani stres remaja cemerlang di samping pendekatan umum yang telah dilaksanakan sebelum ini. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Stress (Psychology) -- Religious aspects -- Islam | en_US |
dc.subject | Stress management -- Religious aspects -- Islam | en_US |
dc.subject | Stress management for teenagers | en_US |
dc.subject | Religious life -- Islam | en_US |
dc.subject | Sanctification -- Islam | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Pendekatan tazkiyat al-nafs dalam menangani stres remaja cemerlang Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 323 | en_US |
dc.identifier.callno | BF575.S75N668 2024 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 007628 | en_US |
dc.format.degree | Ph.D | en_US |
dc.description.categoryoftheses | Access Terbuka/Open Access | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pendekatan Tazkiyat Al-Nafs dalam menangani stres remaja cemerlang Maktab Rendah Sains (MRSM).pdf Restricted Access | Full-text | 176.5 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.