Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780076
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMat Noor Mat Zain, Dr.en_US
dc.contributor.advisorNik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani, Dr.en_US
dc.contributor.advisorAhmad Munawar Ismail, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorMuhammad Adib Samsudin, Dr.en_US
dc.contributor.authorMastura Mastura Mohd Saffai @ Mohd Shafie (P88915)en_US
dc.date.accessioned2025-07-24T08:18:50Z-
dc.date.available2025-07-24T08:18:50Z-
dc.date.issued2024-08-01-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780076-
dc.description.abstractAkta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI) telah berkuatkuasa mulai 30 Jun 2013 dan merupakan satu pendekatan baharu dalam pengawalan kestabilan sistem kewangan Islam di Malaysia. Ia menyediakan satu rangkakerja perundangan dan keperluan pematuhan oleh institusi perbankan Islam yang setara dengan institusi perbankan konvensional bagi mengantikan Akta Bank Islam 1983 (ABI). Antara kesan besar daripada pengenalan APKI dapat dilihat melalui pelaksanaan kontrak wakalah dalam produk-produk perbankan Islam dipasaran. APKI telah menetapkan perbezaan definisi bagi deposit dan pelaburan berdasarkan kontrak syariah yang diaplikasikan dalam struktur produk, yang mana perbezaan ini tidak terdapat dibawah ABI. Beberapa polisi syariah termasuk Polisi Wakalah dan Polisi Akaun Pelaburan telah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tujuan memberikan panduan dalam mengaplikasi kontrak wakalah yang seragam dan konsisten dari sudut keperluan operasi dan pelaksanaan produk yang patuh syariah selain menepati peraturan kawalselia. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bagi menganalisis perubahan dalam operasi produk berkaitan wakalah, aplikasi wakalah dalam struktur produk deposit dan pembiayaan serta potensi mengaplikasi kontrak ini sebagai asas bagi struktur produk pelaburan. Kajian ini telah menggunakan metod temubual separa berstruktur dan analisi kandungan bagi mendapatkan maklumat-maklumat untuk menjawab persoalan kajian. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa terdapat perubahan dan penambahbaikan yang dilakukan terhadap pelaksanaan operasi sedia ada institusi perbankan Islam bagi memastikan pematuhan dalam pelaksanaan produk-produk yang ditawarkan. Namun demikian, meskipun polisi-polisi yang berkaitan telah diperkenalkan bagi menyokong pembangunan produk yang patuh syariah dan keperluan bagi pelaksanaan operasi produk dari perspektif kawalselia, institusi perbankan Islam sebaliknya memilih untuk beralih daripada produk deposit sedia ada yang mempunyai ciri-ciri pelaburan kepada produk deposit berasaskan komoditi murabahah dimana terdapatnya sokongan kontrak wakalah dalam pelaksanaannya. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa keperluan polisi wakalah yang terpakai bagi institusi perbankan Islam dalam produk-produk ini hanyalah terhad kepada peranan bank sebagai wakil bagi melaksanakan transaksi komoditi. Demikian juga halnya dengan kontrak wakalah sebagai asas produk pelaburan dimana institusi perbankan Islam hanya memainkan peranan sebagai wakil pengurusan dana yang dilaburkan dalam pelaburan berbentuk kewangan. Isu kesediaan menerima risiko dan potensi terdedah kepada risiko pelaburan menjadi antara faktor yang menyumbang kepada perubahan dalam pilihan produk yang ditawarkan ini. Implikasi dari pengenalan APKI juga telah menjurus kepada peningkatan mendadak produk-produk berasaskan komoditi murabahah yang merupakan produk ‘gantian’ kepada produk sedia ada yang mempunyai ciri-ciri pelaburan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectContracts (Islamic law) -- Malaysiaen_US
dc.subjectFinance (Islamic law) -- Malaysiaen_US
dc.subjectBanking law (Islamic law) -- Malaysiaen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePelaksanaan wakalah dalam produk perbankan Islam di Malaysia menurut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013en_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages221en_US
dc.identifier.callnoBP158.C595M379 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007627en_US
dc.format.degreePh.Den_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pelaksanaan wakalah dalam produk perbankan Islam di Malaysia menurut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.pdf
  Restricted Access
Full-text1.87 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.