Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779792
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Poh, Bee Koon, Prof. Dr | en_US |
dc.contributor.advisor | Norimah A Karim, Prof. Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Noor Afifah Thohirah Ab Rahim (P92925) | en_US |
dc.date.accessioned | 2025-07-09T01:41:42Z | - |
dc.date.available | 2025-07-09T01:41:42Z | - |
dc.date.issued | 2023-05-24 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779792 | - |
dc.description.abstract | Penyusuan susu ibu secara eksklusif dan pemberian makanan pelengkap seawal umur 6 bulan adalah pilihan terbaik untuk diamalkan kepada bayi. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menentukan faktor penyumbang kepada corak penyusuan bayi dan amalan pemberian makanan pelengkap bayi berumur 6 hingga 23 bulan. Kajian ini merupakan sebahagian daripada kajian South East Asian Nutrition Surveys II (SEANUTS II) yang melibatkan 253 bayi di Semenanjung Malaysia. Ibu (88.9%), bapa (7.5%) atau penjaga (3.6%) ditemubual melalui borang soal selidik yang berkaitan sosiodemografi, corak penyusuan dan amalan pemberian makanan pelengkap serta sekuriti makanan. Indikator seperti kepelbagaian makanan minima (MDD), kekerapan hidangan minima (MMF) dan diet minima yang boleh diterima (MAD) dikira mengikut Petunjuk Pemakanan Bayi dan Kanak-kanak Kecil (IYCF). Sebanyak 50.6% bayi lelaki dan 49.4% bayi perempuan (min umur 15.4 ± 5.0 bulan) terlibat dalam kajian ini. Hanya 31.2% bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif pada umur 6 bulan dan seramai 70.4% masih meneruskan penyusuan susu ibu selepas umur 6 bulan. Majoriti (89.7%) bayi diperkenalkan makanan pelengkap antara umur 6 hingga 8 bulan di mana 45.6% diberi bubur nasi kosong sebagai makanan pertama. Sebanyak 94.9% memenuhi MMF manakala kurang daripada 50% tidak memenuhi MDD (30.8%) dan MAD (28.5%). Sebanyak 62.1% keluarga adalah terjamin sekuriti makanan. Hasil kajian mendapati majoriti subjek adalah dalam kategori normal bagi BAZ, WAZ, HAZ dan WHZ. Bayi Melayu [AOR 3.70, 95% CI (1.51, 9.07)], bayi di zon Selatan [AOR 4.63, 95% CI (1.13, 18.96)] dan Utara [AOR 4.70, 95% CI (1.10, 20.13)] adalah faktor penyumbang kepada penyusuan susu ibu secara eksklusif. Bayi berumur antara 12.0 hingga 17.9 bulan adalah lebih cenderung untuk memenuhi MDD [AOR 4.23, 95% CI (1.77, 10.10)] dan MAD [AOR 3.78, 95% CI (1.52, 9.40)]. Bayi di zon Utara pula lebih cenderung untuk memenuhi MMF [AOR 14.73, 95% (1.06, 204.51)]. Kesimpulannya, faktor penyumbang utama kepada corak penyusuan bayi dan amalan pemberian makanan pelengkap adalah status sosiodemografi terutamanya etnik dan zon tempat tinggal. Oleh itu, Semua pihak berwajib di setiap negeri perlulah mengambil kira faktor sosiodemografi setempat dalam menjalankan kempen dan kajian kesedaran berkenaan penyusuan dan pemakanan bayi bagi memastikan pertumbuhan optima dan kelangsungan hidup bermula dari awal kelahiran. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | en_US |
dc.relation | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Breast Feeding | en_US |
dc.subject | Feeding Behavior | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Faktor penyumbang kepada corak penyusuan bayi dan amalan pemberian makanan pelengkap dalam kalangan bayi berumur 6 hingga 23 bulan di Semenanjung Malaysia | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.description.notes | e-tesis | en_US |
dc.format.pages | 134 | en_US |
dc.format.degree | Ijazah Sarjana Sains Kesihatan | en_US |
dc.description.categoryoftheses | Terhad/Restricted | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
(TERHAD)Faktor penyumbang kepada corak penyusuan.pdf Restricted Access | Partial | 4.85 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.