Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779655
Title: Potensi arkeo-pelancongan tapak megalitik di Negeri Sembilan : persepsi masyarakat dan kelestarian warisan
Authors: Nurfatin Ibrahim (P107672 )
Supervisor: Zuliskandar Ramli, Prof. Madya Dr.
Keywords: Arkeologi
Arkeo-pelancongan
Kelestarian warisan
Megalitik
Universiti Kebangsaan Malaysia-- Dissertations
Dissertations Academic-- Malaysia
Issue Date: 10-Jun-2025
Abstract: Kajian ini meneliti tentang potensi arkeopelancongan di negeri Sembilan khususnya mengenai pesepsi masyarakat dan juga kelestarian warisan megalitik di Negeri Sembilan sebagai destinasi arkeopelancongan atau nama lainnya ialah batu bersurat. Megalitik ini juga dikenali sebagai batu hidup kerana dipercayai saiz ketinggian megalitik ini bertambah setiap tahun dan juga mengeluarkan cahaya pada waktu malam. Berdasarkan sejarah unik tapak megalitik yang dikaitkan dengan Adat Perpatih, kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui instrumen soal selidik yang dijalankan kepada 400 responden yang terdiri daripada pelancong domestik, peniaga, dan penduduk tempatan di Kuala Pilah dan Pengkalan Kempas serta menggunakan teori semiotik iaitu salah satu cabang dalam konsep arkeopelancongan bagi mengenalpasti pesepsi masyarakat tentang warisan ketara ini. Analisis data menggunakan perisian SPSS versi 26 menunjukkan tahap kesedaran masyarakat terhadap tapak megalitik berada pada tahap sederhana. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan signifikan antara kesedaran dan penerimaan terhadap arkeopelancongan, di mana kemudahan infrastruktur dan aksesibiliti memainkan peranan penting dalam menarik minat pelancong. Pihak kerajaan perlu meningkatkan kemudahan awam dikawasan tapak megalitik khususnya di Pengkalan Kempas supaya dapat menarik lebih ramai pelancong. Selain itu, pengetahuan masyarakat mengenai sektor pelancongan warisan khususnya tapak megalitik ini masih di tahap yang sederhana akibat dari kekurangan sinergi dari pihak kerajaan dalam menggalakkan kedatangan pelancong ke tapak warisan megalitik. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa Negeri Sembilan mempunyai puluhan taburan tapak megalitik yang berpotensi untuk diangkat menjadi salah satu kawasan arkeopelancongan yang terkenal seiring dengan tapak pelancongan yang ada di Negeri Sembilan ini kerana tapak warisan ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan mampu menjana ekonomi negara. Hal yang demikian kajian ini mencadangkan peningkatan promosi dan penglibatan masyarakat dalam pemuliharaan dan pengurusan tapak megalitik sebagai langkah penting untuk memajukan sektor arkeopelancongan di Negeri Sembilan. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu pembuat keputusan dalam merangka strategi pemuliharaan dan promosi yang lebih berkesan serta menyumbang kepada kelestarian warisan dan ekonomi tempatan.
Description: Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu
Pages: 162
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779655
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Potensi arkeo- pelancongan tapak megalitik di Negeri Sembilan Nurfatin Ibrahim (P107672).pdf
  Restricted Access
Full text2.33 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.