Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779196
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAhmad Nazrun Shuid. Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorNorazlina Mohamed. Prof. Dr.en_US
dc.contributor.authorNurul 'Izzah binti Ibrahim (P67160)en_US
dc.date.accessioned2025-05-22T02:47:20Z-
dc.date.available2025-05-22T02:47:20Z-
dc.date.issued2016-01-08-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779196-
dc.description.abstractOsteoporosis ialah penyakit metabolik tulang yang dikaitkan dengan peningkatan risiko kepatahan. Kajian telah menunjukkan bahawa osteoporosis boleh melambatkan penyembuhan kepatahan. Terdapat beberapa agen yang berpotensi untuk menggalakkan penyembuhan kepatahan tulang osteoporotik, seperti statin dan tokotrienol. Bagaimanapun, kajian mengenai penyampaian secara langsung dan terkawal agen-agen ini ke tempat kepatahan adalah terhad. Kajian ini bertujuan untuk menyiasat kesan pemberian lovastatin dan tokotrienol menggunakan sistem penyampaian terkawal ke atas penyembuhan kepatahan tulang tikus osteoporosis pascamenopaus. Penyembuhan kepatahan dinilai menggunakan parameter tomografi berkomputer mikro (µCT), kekuatan biomekanikal dan ekspresi gen berkaitan tulang. Sebanyak 96 ekor tikus betina Sprague Dawley telah dibahagikan kepada 6 kumpulan. Kumpulan pertama adalah kawalan sham (Sham), manakala kumpulan lain diovariektomi (OVx). Selepas 8 minggu dibiarkan tanpa rawatan, kesemua tibia kanan tikus dipatahkan di bahagian metafisis menggunakan ultrabunyi denyutan dan kepatahan distabilkan dengan plat dan skru. Tikus yang dibedah-sham (Sham) dan kawalan ovariektomi (OVxC) diberi suntikan pembawa untuk lovastatin dan tokotrienol. Kumpulan Estrogen (OVx+Est) diberi gavaj Premarin (64.5µg/kg) secara oral setiap hari. Kumpulan Lovastatin (OVx+Lov) diberi suntikan tunggal partikel lovastatin pada dos 750 µg/kg. Kumpulan Tokotrienol (OVx+TT) diberi suntikan tunggal partikel tokotrienol pada dos 60 mg/kg. Kumpulan gabungan (OVx+Lov+TT) diberi suntikan partikel lovastatin pada dos 750 µg/kg dan partikel tokotrienol pada dos 60 mg/kg. Selepas 4 minggu rawatan, tibia yang telah dipatahkan dibedah keluar untuk penilaian penyembuhan kepatahan. Bagi penilaian tomografi berkomputer mikro, kumpulan OVx+Lov+TT menunjukkan jumlah isipadu kalus lebih rendah secara signifikan tetapi isipadu kalus bermineral lebih tinggi secara signifikan berbanding kumpulan OVxC. Kumpulan OVx+Lov+TT juga menunjukkan pecahan tisu bermineral dalam keseluruhan isipadu kalus, dan isipadu kepadatan mineral tulang tisu bermineral yang lebih tinggi secara signifikan berbanding kumpulan OVxC. Untuk penilaian biomekanik, semua kumpulan kecuali kumpulan OVx+Est menunjukkan peningkatan secara signifikan untuk parameter Beban dan Tekanan. Untuk ukuran ekspresi gen, kumpulan OVx+Lov+TT menunjukkan ekspresi gen osteokalsin, BMP-2, VEGF-α, dan RUNX-2 yang lebih tinggi secara signifikan berbanding dengan kumpulan OVxC. Kumpulan OVx+Lov turut menunjukkan peningkatan secara signifikan ekspresi gen VEGF-α berbanding kumpulan OVxC. Kesimpulannya, gabungan lovastatin dan tokotrienol yang diberi melalui sistem penyampaian terkawal menggalakkan penyembuhan kepatahan tulang osteoporosis.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectOsteoporosis -- prevention & controlen_US
dc.subjectLovastatin -- therapeutic useen_US
dc.subjectTocotrienolsen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKesan pemberian lovastatin dan tokotrienol melalui sistem penyampaian terkawal ke atas penyembuhan tulang patah pada model tikus osteoporosis pascamenopausen_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notese-tesisen_US
dc.format.pages54en_US
dc.identifier.callnoQV20.5.N974k 2014 9HUKMPRA tesisen_US
dc.identifier.barcode00002190729en_US
dc.format.degreeIjazah Doktor Falsafah (Farmakologi)en_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.