Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779193
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFairus Ahmad, Dr.en_US
dc.contributor.advisorChin Kok Yong, Dr.en_US
dc.contributor.authorNur Zuliani Ramli (P88435)en_US
dc.date.accessioned2025-05-22T02:23:31Z-
dc.date.available2025-05-22T02:23:31Z-
dc.date.issued2019-07-09-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779193-
dc.description.abstractSindrom metabolik (MetS) adalah gugusan beberapa faktor risiko seperti obesiti sentral, hiperglisemia, dislipidemia dan hipertensi yang meningkatkan kecenderungan untuk menghidap penyakit kardiovaskular dan diabetes melitus. Madu adalah produk semulajadi yang digunakan secara tradisional untuk merawat pelbagai penyakit. Madu kelulut (MK) merupakan salah satu jenis madu di Malaysia yang dihasilkan oleh spesies lebah tanpa sengat. Kajian terkini mendapati MK mempunyai ciri antioksidan yang lebih kuat dan tinggi kandungan fenolik berbanding madu jenis lain. Walau bagaimanapun, keberkesanannya dalam pencegahan MetS masih belum diketahui. Sebanyak 24 ekor tikus Wistar jantan dibahagikan secara rawak kepada kumpulan kawalan (C), kumpulan MetS aruhan diet tinggi karbohidrat dan tinggi lemak (HCHF) (S) dan kumpulan MetS yang menerima suplementasi MK (K). Diet HCHF mengandungi 200 g minyak sapi tulen, 175 g fruktosa dan 395 g susu pekat manis berserta dengan air minuman fruktosa 25% diberikan selama 16 minggu secara ad libitum. Bagi kumpulan K, suplementasi 1 g/kg/hari MK diberi secara gavaj oral pada lapan minggu terakhir tempoh kajian. Berbanding kumpulan kawalan, tikus aruhan MetS mengalami peningkatan signifikan peratusan lemak badan (23.48 vs 6.30 %), berat lemak omentum (1.90 vs 1.01 g), aras serum trigliserida (TG) (1.12 vs 0.49 mmol/L), tekanan darah sistolik (SBP) (131.50 vs 114.50 mmHg) dan diastolik (DBP) (84.67 vs 74.17 mmHg), pertambahan keluasan (3931.73 vs 1585.37 µm2) dan perimeter (234.75 vs 161.52 µm) sel adiposit serta pengurangan jisim badan tanpa lemak (253.10 vs 260.34 g) pada penghujung kajian (p < 0.05). Pemberian MK didapati berupaya menghalang perubahan disebabkan oleh MetS aruhan diet secara signifikan terhadap berat lemak omentum (1.20 g), aras TG (0.67 mmol/L), SBP (105.50 mmHg) dan DBP (70.50 mmHg) serta mengurangkan keluasan (1920.97 µm2) dan perimeter (176.45 µm) sel adiposit pada minggu ke-16 (p<0.05). Kesimpulannya, MK berpotensi untuk digunakan sebagai ejen pencegahan terhadap MetS.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectHoneyen_US
dc.subjectAntioxidants -- therapeutic useen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.titleKesan madu kelulut ke atas tikus yang mengalami sindrom metabolik aruhan diet tinggi karbohidrat dan tinggi lemaken_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notese-tesisen_US
dc.format.pages148en_US
dc.identifier.callnoQS20.5.N974k 2019 9HUKMPRA tesisen_US
dc.identifier.barcode00002246494en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Sains Perubatan (Anatomi)en_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kesan madu kelulut ke atas tikus yang mengalami sindrom metabolik aruhan diet tinggi karbohidrat dan tinggi lemak.pdf
  Restricted Access
Full-text2.28 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.