Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778795
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAzizah Ugusman, Dr.en_US
dc.contributor.advisorAmilia Aminuddin, Dr.en_US
dc.contributor.advisorJamia Azdina Jamal, Prof. Madya. Dr.en_US
dc.contributor.authorMuhammad Firdaus Azmi (P74939)en_US
dc.date.accessioned2025-04-14T06:53:06Z-
dc.date.available2025-04-14T06:53:06Z-
dc.date.issued2019-08-09-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778795-
dc.description.abstractPiper sarmentosum (PS) adalah sejenis herba yang mempunyai pelbagai aktiviti farmakologi seperti antihipertensi, antiaterosklerosis dan antidiabetes. Hipertensi adalah penyakit pelbagai punca dan ia adalah salah satu kesan sampingan yang sering terjadi akibat penggunaan Dexamethasone (Dex) secara berpanjangan. Hipertensi aruhan Dex melibatkan pelbagai mekanisme termasuklah peningkatan tekanan oksidatif, pengaktifan sistem renin angiotensin dan juga peningkatan tindak balas saluran darah terhadap vasokonstriktor seperti angiotensin II (ANG II). Meskipun PS mempunyai pelbagai manfaat dari segi perubatan, terdapat kekurangan maklumat dari segi kawalan kualiti dan pemiawaiannya. Pemiawaian produk herba adalah sangat penting kerana ia dapat menjamin kualiti, keberkesanan, keselamatan dan kebolehulangan penghasilan produk tersebut. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk menghasilkan ekstrak akueus piawai daun PS bagi memastikan keselamatan, kualiti dan keberkesanannya sebagai agen antihipertensi dalam tikus hipertensi aruhan Dex. Daun kering PS dianalisis untuk mengenalpasti pencemaran logam berat dan mikroorganisma. Pemisahan kromatografi cecair berprestasi ultratinggi (UPLC) dan pengesanan tatasusunan fotodiod (PDA) dilakukan ke atas ekstrak akueus PS2 (AEPS2) terhadap flavonoid utamanya; rutin dan viteksin. Untuk menentukan kesan antihipertensi ekstrak piawai PS, sebanyak 30 ekor tikus Sprague-Dawley jantan dibahagikan kepada lima kumpulan: kumpulan I sebagai kawalan menerima salina normal; kumpulan II dirawat dengan AEPS2 (500 mg/kg/hari) secara oral; kumpulan III menerima Dex (20 μg/kg/hari melalui suntikan subkutaneus), kumpulan IV dan V masing-masing dirawat dengan Dex+AEPS2 (500 mg/kg/hari) dan Dex+Captopril (40 mg/kg/hari). Semua tikus dirawat selama 28 hari. Tekanan darah sistolik (SBP) dan diastolik (DBP) diukur menggunakan kaedah kuf ekor. Selepas 28 hari, semua tikus dikorbankan dan serumnya diambil untuk pengukuran aras penanda tekanan oksidatif 8-hidroksi-2-deoksiguanosina (8-OHdG), enzim penukar angiotensin (ACE) dan ANG II menggunakan teknik asai enzim berkaitan imunosorben (ELISA). Keputusan menunjukkan daun kering PS2 mengandungi pencemaran logam berat dan mikroorganisma dalam had yang dibenarkan. Protokol UPLC adalah linear untuk julat 25-400 ppm bagi rutin dan viteksin dengan koefisien korelasi setiap analit melebihi 0.9997. Sebanyak 42.39 ppm rutin dan 116.29 ppm viteksin terkandung di dalam 50 mg/ml AEPS2. Berbanding tikus kumpulan kawalan, aruhan Dex menyebabkan peningkatan pada SBP (103.33 ± 3.57 mmHg vs 143.06 ± 3.65 mmHg, P <0.001) dan juga DBP (77.89 ± 2.63 mmHg vs 104.61 ± 2.32 mmHg, P <0.05). Rawatan dengan AEPS2 pada tikus hipertensi aruhan Dex dapat mengurangkan SBP (105.22 ± 2.89 mmHg, P <0.001) dan DBP (82.83 ± 3.49 mmHg, P <0.05). Akan tetapi, Dex dan AEPS2 tidak menyebabkan perubahan yang signifikan ke atas aras 8-OHdG, ACE dan ANG II. Kesimpulannya, ekstrak akueus piawai AEPS2 yang mengandungi 116.29 ppm viteksin dan 42.39 ppm rutin dapat mengurangkan tekanan darah tikus hipertensi aruhan Dex. Walau bagaimanapun, pengurangan tekanan darah ini berkemungkinan tidak diperantarai oleh pengurangan aras 8-OHdG, ACE dan ANG II.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectPlants, Medicinalen_US
dc.subjectHypertensionen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.titlePemiawaian ekstrak akueus Piper Sarmentosum dan kesan antihipertensinya dalam tikus hipertensi aruhan Dexamethasoneen_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notese-tesisen_US
dc.format.pages136en_US
dc.identifier.callnoQT20.5.M952p 2019 9HUKMPRA tesisen_US
dc.identifier.barcode00002246486en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Sains Perubatan (Fisiologi)en_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pemiawaian ekstrak akueus Piper Sarmentosum dan kesan antihipertensinya dalam tikus hipertensi aruhan Dexamethasone.pdf
  Restricted Access
Full-text3.35 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.