Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778346
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFarah Hannan Anuar, Dr.en_US
dc.contributor.advisorAzizah Baharum, Dr.en_US
dc.contributor.advisorSiti Salwa Mohammad Shirajuddin, Dr.en_US
dc.contributor.authorAina Aqila Arman Alim (P105915)en_US
dc.date.accessioned2025-03-10T03:23:43Z-
dc.date.available2025-03-10T03:23:43Z-
dc.date.issued2024-01-19-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778346-
dc.description.abstractPengumpulan sisa plastik sintetik yang membawa kepada masalah alam sekitar pada jangka masa panjang, masalah ekonomi dan pengurusan sisa adalah perkara yang amat membimbangkan. Dalam kajian ini, polietilena berketumpatan rendah (LDPE) diadun bersama beberapa komposisi poli(butilena suksinat) (PBS) pada 10-50 bt.% untuk dikaji dari segi fizikal, kimia, terma, mekanikal dan morfologi. Adunan dihasilkan melalui kaedah pemprosesan leburan polimer menggunakan mesin pengadunan dalaman dan kemudiannya diacuankan menggunakan mesin penekan panas hidrolik untuk menghasilkan sampel berbentuk kepingan. Penambahan sehingga 50 bt.% PBS telah mengurangkan kekuatan tegangan (TS) adunan LDPE/PBS (3.39 MPa) berbanding LDPE (12.42 MPa). Pemanjangan pada takat putus (EB) menurun sehingga 4.07% berbanding LDPE (447.21%). Ketidakserasian adunan dilihat melalui penyerakan partikel PBS yang tidak homogen manakala kestabilan terma menurun daripada 402.8 °C kepada 332 °C. Oleh itu, pengadunan LDPE bersama PBS telah menghasilkan adunan yang tidak boleh bercampur disebabkan oleh perbezaan kekutuban antara kedua-dua komponen polimer tersebut. Penambahan pengisi kopolimer maleik anhidrida-cantuman-polietilena (PE-g-MA) pada 3-7 bt.% ke dalam adunan dikaji melalui sifat fizikal, kimia, terma, mekanikal dan morfologi. Penambahan 5 bt.% memaparkan TS yang paling optimum bagi kesemua adunan manakala EB adunan menurun dengan peningkatan PE-g-MA. Pengurangan saiz partikel daripada 3-10 μm kepada 2-5 μm membawa kepada kehomogenan adunan dan kestabilan terma adunan turut meningkat dengan penambahan 5 bt.% PE-g-MA. Keserasian antara komponen dalam adunan meningkat dengan kehadiran PE-g-MA. Penggunaan sinaran alur elektron membawa kepada penghasilan pra-pengoksidaan sampel bagi meningkatkan degradasi adunan. Adunan 10-30 bt.% PBS dan 5 bt.% PE-g-MA diteruskan penggunaannya berdasarkan sifat adunan yang lebih baik. Kesan terhadap sinaran dikenalpasti dari segi fizikal, kimia dan morfologi. Regangan -OH hadir dalam LDPE tersinar manakala keamatan puncak serapan C=O bagi adunan meningkat berpadanan dengan pengoksidaan polimer. Kandungan gel bagi adunan meningkat sehingga 60 kGy kesan daripada penghasilan taut silang. Penambahan dan peningkatan komposisi PBS menyebabkan berlakunya degradasi rantaian yang dominan dalam adunan, seterusnya mengurangkan TS dengan peningkatan dos sinaran. Kehomogenan adunan pada 60 kGy adalah disebabkan peningkatan keserasian antara komponen dengan kehadiran PE-g-MA. Pendedahan adunan kepada 60 kGy membawa kepada penghasilan taut silang manakala pemutusan rantaian berlaku pada 120 kGy. Seterusnya, ujian degradasi tanah bagi adunan tersinar dianalisis dari segi fizikal, kimia dan morfologi. Degradasi sampel meningkat dengan peningkatan komposisi PBS, dos sinaran dan masa degradasi. Keamatan puncak serapan yang berkurangan bagi kumpulan berasaskan oksigen membuktikan degradasi adunan yang mana penghasilan kumpulan tersebut merupakan tapak bagi serangan mikroorganisma. Adunan 80LDPE/20PBS/5PE-g-MA tersinar dipilih bagi penghasilan dulang pembungkus makanan disebabkan oleh keseimbangan sifat antara mekanikal dan degradasi. Melalui ujian jatuhan, dulang pembungkus makanan tersebut adalah setanding dengan dulang makanan semasa dan berpotensi untuk menggantikan bahan pembungkus komersial.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologien_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectPolyethyleneen_US
dc.subjectMaterials scienceen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleDegradasi adunan polietilenia berketumpatan rendah dan poli(butilena suksinat) (LDPE/PBS) tersinar alur elektron bagi aplikasi dulang pembungkus makananen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages198en_US
dc.identifier.callnoTP1180.P65.A386 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007508en_US
dc.format.degreePh.D.en_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.