Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778191
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNoremy Md Akhir, Dr.en_US
dc.contributor.advisorAizan Sofia Amin, Dr.en_US
dc.contributor.authorRosmah Ahmad (P96774)en_US
dc.date.accessioned2025-03-04T01:44:01Z-
dc.date.available2025-03-04T01:44:01Z-
dc.date.issued2024-02-01-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778191-
dc.description.abstractSukarelawan penjagaan kesihatan sering disifatkan sebagai tulang belakang dalam misi bantuan kemanusiaan terutamanya kepada agensi-agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO). Mereka terdedah kepada tekanan, kes trauma dan kecemasan berulang yang boleh mengganggu kesejahteraan fizikal dan emosi disebabkan kurangnya pengalaman, latihan, komitmen dan persediaan dalam misi bantuan kemanusian. Walaubagaimanapun, penglibatan sukarelawan penjagaan kesihatan secara berkesan dapat meningkatkan kualiti kesihatan masyakarat. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk meneroka keperluan, motivasi dan cabaran serta mencadangkan model pemerkasaan sukarelawan penjagaan kesihatan yang sesuai dalam misi bantuan kemanusian. Kajian ini dijalankan melalui penglibatan sukarelawan penjagaan kesihatan daripada Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS). Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan rekabentuk kajian kes. Kaedah persampelan bertujuan digunakan dengan strategi pemilihan secara inklusif. Seramai sepuluh informan telah ditemubual berdasarkan kriteria yang ditetapkan; kelayakan dalam bidang penjagaan kesihatan, berpengalaman minimum dua tahun dalam misi bantuan kemanusian, berdaftar sebagai sukarelawanan di MAKNA atau YSS, berumur 18 tahun ke atas dan warganegara Malaysia. Pengumpulan data berasaskan temubual dalam talian dan diari penyelidik. Hasil temu bual ditranskripsikan, manakala diari penyelidik dihasilkan melalui pemerhatian tingkah laku bukan lisan dan refleksi informan. Transkripsi temubual dan diari penyelidik dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Kesahan dan kebolehpercayaan data informan dinilai melalui triangulasi data, pengesahan informan dan pengesahan pakar. Hasil kajian menunjukkan tema keperluan melalui sub tema sokongan psikososial, latihan persediaan serta sumber dan bekalan bantuan. Manakala bagi tema motivasi sub tema yang terhasil adalah kerjaya bidang penjagaan kesihatan, pembentukan jati diri dan pengalaman sukarelawan. Tema cabaran sukarelawan penjagaan kesihatan pula terhasil melalui sub tema kesihatan dan keselamatan, batasan teknologi maklumat dan komunikasi serta komitmen penglibatan sukarelawan itu sendiri. Hasil kajian ini juga telah mencadangkan sebuah model pemerkasaan sukarelawan penjagaan kesihatan bagi memastikan sukarelawan penjagaan kesihatan mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang sejajar dengan keperluan, motivasi dan cabaran mereka. Hasil kajian didapati turut memberi implikasi terhadap pengisian ilmu dan praktis kerja sosial secara professional yang dapat membantu sukarelawan penjagaan kesihatan dalam misi bantuan kemanusiaan. Sumbangan kajian juga memberi nilai tambah kepada penggubal dasar dalam memastikan peranan dan tanggungjawab sukarelawan penjagaan kesihatan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationSocial Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectHumanitarian assistanceen_US
dc.subjectSocial serviceen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKeperluan, motivasi dan cabaran sukarelawan penjagaan kesihatan dalam misi bantuan kemanusiaanen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages187en_US
dc.identifier.callnoHV553.R637 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007480en_US
dc.format.degreeSarjana Sains Sosialen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Keperluan, motivasi dan cabaran sukarelawan penjagaan kesihatan dalam misi bantuan kemanusiaan.pdf
  Restricted Access
Full-text1.4 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.