Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778170
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Nasyrudin Wan Abdullah, Dr.en_US
dc.contributor.advisorWan Hilmi Wan Abdullah, Dr.en_US
dc.contributor.authorMasfira Hilman (P118357)en_US
dc.date.accessioned2025-03-03T07:52:14Z-
dc.date.available2025-03-03T07:52:14Z-
dc.date.issued2024-08-18-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778170-
dc.description.abstractHajjah Rahmas Binti Abdullah seorang qariah yang sangat terkenal di Malaysia bahkan di Nusantara juga. Kehebatan beliau amat terserlah dengan bacaan al-Quran secara bertarannum yang sangat unik dan menarik. Antara keunikan dan tarikan kaedah tarannum beliau adalah memiliki bacaan berlahjah cArabiyyah dan kelantangan suara. Kedua-dua ciri ini menjadikan bacaan tarannum beliau kemas dan cantik sehingga memukau para pendengar untuk meniru gaya bacaan beliau. Tambahan lagi, bacaan Hajjah Rahmas Abdullah adalah sangat konsisten dan bacaan gaya keraban tidak pernah berubah semenjak penglibatan beliau dalam bidang tilawah dari tahun 1980an. Kajian ini adalah bertujuan menjelaskan latar belakang Hajjah Rahmas Abdullah dan sumbangannya dalam dunia tilawah al-Quran di Malaysia serta kaedah bacaan seni tarannum beliau. Reka bentuk kajian ini adalah kualitatif. Kajian ini memperolehi data melalui sumber dokumen seperti buku, artikel, tesis dan laporan, pemerhatian dan kaedah temu bual secara semi-struktur bersama peserta kajian yang terdiri dari murid-murid beliau dan pakar-pakar tarannum di Malaysia dalam pelbagai bidang al-Quran. Hasil kajian mendapati bahawa Hajjah Rahmas Abdullah seorang tokoh qariah yang amat disegani di Malaysia. Ketokohan beliau sangat terserlah dengan menjuarai pertandingan di peringkat kebangsaan dan Antarabangsa dan berjaya melatih dan membimbing murid-murid di arena pertandingan yang sama setiap tahun. Hajjah Rahmas Binti Abdullah memiliki kemahiran seni bacaan tarannum yang berlahjah Arabiyyah melalui sentuhan suara yang unik dan mantap selain konsisten dan susunan lagu dan suara yang tidak pernah sumbang. Lima komponen utama bacaan beliau ialah (i) Penguasaan tajwid yang mantap; (ii) Fasahah yang lancar; (iii) Kemampuan suara yang keunikan dan menarik; (iv) Kepintaran susunan lagu tarannum; dan (v) Kemahiran pernafasan suara. Implikasi kajian adalah seni tarannum beliau telah memberikan impak yang sangat besar kepada kaedah seni bacaan al-Quran bertarannum dan menjadi rujukan dan panduan utama kepada qari dan qariah di Malaysia.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectRahmas Abdullah, 1960-en_US
dc.subjectQurʼan -- Recitationen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKajian biografi, sumbangan dan kaedah seni tarannum Hajjah Rahmas binti Abdullahen_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notesTesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"en_US
dc.format.pages140en_US
dc.identifier.callnoBP131.6.M354 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007522en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islamen_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kajian biografi, sumbangan dan kaedah seni tarannum Hajjah Rahmas binti Abdullah.pdf
  Restricted Access
Partial798.71 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.