Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777978
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Rizal Palil, Prof. Madya Dr. | en_US |
dc.contributor.advisor | Siti Fatimah Abdul Rashid, Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Sharifah Saidatul Balkiah Syed Rohani (P110985) | en_US |
dc.date.accessioned | 2025-02-18T07:21:11Z | - |
dc.date.available | 2025-02-18T07:21:11Z | - |
dc.date.issued | 2023-10-09 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777978 | - |
dc.description.abstract | Objektif kerajaan memperkenalkan insentif cukai adalah untuk menggalakkan aliran masuk pelaburan langsung asing ke dalam negara ini. Sejajar isu penggalakan pelaburan asing menggunakan insentif cukai turut menghakis asas cukai serta Laporan Tahunan LHDN menunjukkan hubungan tidak linear antara jumlah insentif yang dituntut, nilai cukai terkorban dan juga pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sektor E&E bagi 2017, 2018 dan 2019, kajian ini menyiasat faktor yang mempengaruhi perancangan cukai agresif disebabkan oleh ciri syarikat penerima insentif cukai. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan ciri yang mempengaruhi perancangan cukai agresif di kalangan syarikat elektrikal dan elektronik (E&E) penerima manfaat insentif cukai (2017 hingga 2019). Objektif khusus adalah untuk mengkaji ciri syarikat penerima insentif cukai (saiz, keberuntungan, keberhutangan, intensiti modal dan pemilikan syarikat) yang mempengaruhi perancangan cukai agresif. Kajian ini menggunakan analisis korelasi, regresi berganda dan ujian-t sampel tak bersandar untuk menguji hubungan antara pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah bersandar menggunakan data populasi yang terdiri daripada 230 syarikat E&E. Hasil kajian mendapati hanya tiga (3) ciri iaitu keberuntungan, keberhutangan dan intensiti modal merupakan faktor yang menyumbang kepada perancangan cukai agresif. Manakala dua (2) ciri syarikat E&E penerima insentif cukai selainnya iaitu saiz dan pemilikan syarikat bukanlah pengaruh yang ketara perancangan cukai agresif. Oleh itu, kajian merumuskan bahawa keberuntungan, keberhutangan dan intensiti modal syarikat penerima insentif cukai merupakan ciri yang mempengaruhi perancangan cukai agresif. Dari segi implikasi kepada teori dan ilmu, kajian ini telah menyebarluaskan dapatan kajian terdahulu yang mana hasil kajian adalah selaras dengan teori perakaunan positif. Kajian ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada penggubal dasar bagi mengawal perancangan cukai agresif dengan berkesan untuk memacu ekonomi negara ke tahap yang lebih baik. Akhir sekali, kajian ini memberi implikasi kepada pengamal dan masyarakat melalui manfaat hasil cukai yang diterima apabila perancangan cukai agresif dapat dikurangkan. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Tax accounting | en_US |
dc.subject | Tax assessment | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Faktor perancangan cukai agresif: dari perspektif syarikat elektrikal & elektronik penerima insentif cukai di Malaysia | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.description.notes | Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" | en_US |
dc.format.pages | 118 | en_US |
dc.identifier.callno | HF5681.T3.S533 2023 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 007452 | en_US |
dc.format.degree | Sarjana Perdagangan (Perakaunan) | en_US |
dc.description.categoryoftheses | Terhad/Restricted | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Faktor perancangan cukai agresif dari perspektif syarikat elektrikal & elektronik penerima insentif cukai di Malaysia.pdf Restricted Access | Partial | 540.77 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.