Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777928
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRoslinda Rosli, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorAzmin Sham Rambely, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorNoor Anita Rahman (P96377)en_US
dc.date.accessioned2025-02-14T01:45:55Z-
dc.date.available2025-02-14T01:45:55Z-
dc.date.issued2024-03-22-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777928-
dc.description.abstractSains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dikenalpasti sebagai salah satu medium bagi memenuhi keperluan negara ke arah revolusi perindustrian 4.0 (IR4.0). Kesukaran subjek STEM menyebabkan berlaku penurunan bilangan murid menceburi aliran STEM di peringkat institusi pengajian tinggi yang memberi impak kepada keperluan kerjaya STEM pada masa hadapan. Di Malaysia, pendekatan STEM diketengahkan sebagai satu alternatif kepada guru matematik untuk menarik minat murid menceburi bidang STEM baik di peringkat menengah hingga tertiari. Oleh itu, kajian ini bertujuan meneroka pelaksanaan pendekatan STEM oleh guru matematik sekolah menengah di dalam dan luar bilik darjah. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes tunggal pelbagai lokasi telah dilaksanakan. Pengumpulan data diperoleh menerusi temu bual, bahan audio visual, dokumen analisis, dan kumpulan perbincangan berfokus. Data primer dianalisis menggunakan kaedah perbandingan berterusan bagi membentuk tema dan sub tema. Peserta kajian dipilih melalui pensampelan bertujuan melibatkan lapan orang guru matematik sekolah menengah dari tujuh buah negeri. Dapatan kajian menunjukkan pemahaman terhadap kepelbagaian pendekatan pedagogi, pembelajaran berasaskan inkuiri menggunakan topik berintegrasikan STEM, pengajaran abad ke-21, dan integrasi teknologi memberi keyakinan dan motivasi kepada guru melaksanakan pendekatan STEM secara praktikal. Pelaksanaan pendekatan STEM menggunakan pembelajaran berasaskan masalah, projek dan rekabentuk disesuaikan dengan kandungan STEM secara eksplisit melibatkan kehidupan sebenar murid. Bimbingan dan penilaian dijalankan secara berterusan kepada murid menerusi pengaplikasian literasi dan inovasi ketika mempersembahkan hasil tugasan. Sokongan dalam aspek pembangunan profesional, penaksiran menyeluruh kandungan STEM dan akses yang meluas kepada sumber rujukan dapat memastikan pendekatan STEM dijalankan secara berterusan. Implikasi pelaksanaan pendekatan STEM di peringkat sekolah menengah oleh guru Matematik secara konsisten memberi kesan yang positif kepada murid-murid. Pendekatan STEM memberi peluang kepada murid mengenali dan meminati STEM, menceburi aliran STEM dan mengaplikasinya dalam kehidupan seharian sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Dengan itu isu gunatenaga STEM dapat diatasi dengan bijak seterusnya berkembang seiring dengan perkembangan IR4.0.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectScience -- Study and teaching -- Malaysia en_US
dc.subjectTechnology -- Study and teaching -- Malaysia en_US
dc.subjectEngineering -- Study and teaching -- Malaysiaen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePendekatan STEM dalam kalangan guru matematik sekolah menengahen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages470en_US
dc.identifier.callnoQ181.N6368 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007411en_US
dc.format.degreePh.D.en_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pendekatan stem dalam kalangan guru matematik sekolah menengah.pdf
  Restricted Access
full-text10.53 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.