Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777882
Title: Kesediaan guru daripada aspek pengetahuan kandungan, kemahiran dan sikap dalam pelaksanaan pengajaran pendidikan seksualiti di prasekolah
Authors: Nurulhanis Noh (P113217)
Supervisor: Kamariah Abu Bakar, Dr.
Keywords: Sex instruction
Sex instruction -- Religious aspects -- Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 26-Jan-2024
Abstract: Pendidikan seksualiti yang terkandung dalam Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) di prasekolah bertujuan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada murid tentang kesihatan diri dan reproduktif serta kepentingan menjaga keselamatan diri dan seterusnya dapat dijadikan amalan dalam kehidupan seharian. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan guru prasekolah serta menentukan hubungan antara ketiga-tiga aspek kesediaan guru yang terdiri daripada pengetahuan kandungan, kemahiran dan sikap dalam pengajaran pendidikan seksualiti. Kajian ini juga dijalankan bagi mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan antara pengetahuan kandungan, kemahiran dan sikap guru dalam pengajaran pendidikan seksualiti berdasarkan pengalaman tahun mengajar. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berasaskan reka bentuk tinjauan. Pemilihan responden kajian dilakukan menggunakan kaedah pensampelan rawak strata berkadaran dan seramai 298 orang guru prasekolah daripada 10 buah daerah di Negeri Selangor terlibat dalam kajian ini. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini telah dibina dengan mengadaptasi item-item daripada kajian lepas. Analisis deskriptif dan analisis inferensi dilaksanakan dalam kajian ini untuk menjawab persoalan kajian dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). Data deskriptif dianalisis menggunakan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Manakala data inferensi pula melibatkan Ujian Korelasi Pearson dan Ujian Analisis Varians (ANOVA) Satu Hala. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap pengetahuan kandungan, kemahiran dan sikap guru prasekolah dalam pengajaran pendidikan seksualiti berada pada tahap tinggi. Hasil kajian juga mendapati terdapat hubungan positif dan signifikan yang kuat antara tahap pengetahuan kandungan, kemahiran dan sikap guru prasekolah dalam pengajaran pendidikan seksualiti. Selain itu, kajian turut menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengetahuan kandungan, kemahiran dan sikap guru prasekolah dalam pengajaran pendidikan seksualiti berdasarkan pengalaman tahun mengajar di prasekolah. Guru yang mempunyai tahap kesediaan yang tinggi dalam pengajaran pendidikan seksualiti mampu mengoptimumkan pelaksanaan pendidikan seksualiti dalam kelas di samping membantu murid memahami makna, kandungan dan faedah pendidikan seksualiti dengan lebih berkesan. Penganjuran lebih banyak kursus dan latihan yang berkaitan oleh pihak-pihak berkenaan diharapkan dapat memantapkan lagi tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru dalam topik ini.
Pages: 182
Call Number: HQ31.N837 2024 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.