Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776638
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohamad Fairuz Yahaya, Dr.en_US
dc.contributor.advisorTeoh Seong Lin, Dr.en_US
dc.contributor.authorNurul 'Ain Arshad (P86529)en_US
dc.date.accessioned2024-11-22T03:18:58Z-
dc.date.available2024-11-22T03:18:58Z-
dc.date.issued2019-01-17-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776638-
dc.description.abstractSindrom metabolik (MetS) adalah masalah yang kian meningkat di peringkat global. Ia meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular aterosklerosis, penyakit diabetes melitus jenis 2 (T2DM) dan juga kematian. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa MetS memainkan peranan penting dalam perkembangan penyakit Alzheimer (AD), gangguan tingkahlaku dan penyakit neurodegeneratif lain. Penggunaan sebatian antioksidan didapati boleh memberi manfaat kepada kesihatan otak, melalui pengurangan tekanan oksidatif otak dan meningkatkan prestasi kognitif pada haiwan. Madu lebah tanpa sengat, atau dikenali sebagai madu Kelulut mempunyai kandungan fenolik yang lebih tinggi berbanding madu tempatan yang lain. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kesan-kesan madu Kelulut pada hipokampus tikus MetS aruhan diet. Sebanyak 40 tikus Wistar jantan dibahagikan kepada lima kumpulan; kumpulan kawalan lapan minggu (C8), kumpulan kawalan 16 minggu (C16), kumpulan yang menerima diet karbohidrat dan fruktosa yang tinggi (HCHF) selama lapan minggu (MS8), kumpulan yang menerima diet HCHF selama 16 minggu (MS16) dan kumpulan KH yang menerima diet HCHF enam belas minggu dengan tambahan madu Kelulut selama 35 hari. Selepas tempoh yang diberikan, profil glukosa dan lipid darah berpuasa diuji dan tekanan darah diukur. Tahap memori ruang mereka diuji menggunakan Morris water maze dan tahap keresahan mereka ditentukan menggunakan ujian lapangan terbuka. Tahap glukosa darah berpuasa menunjukkan penurunan ketara bagi kumpulan KH berbanding kumpulan MS16. Serum trigliserida menunjukkan aliran menurun bagi kumpulan KH berbanding kumpulan MetS. Tahap HDL dan LDL berkurangan dengan ketara bagi kumpulan MetS berbanding kumpulan kawalan. Ujikaji prob Morris water maze menunjukkan peratusan masa yang dihabiskan pada kuadran sasaran meningkat dengan ketara bagi kumpulan KH berbanding kumpulan MS16. Manakala ujikaji lapangan terbuka menunjukkan peratusan masa di zon tengah bertambah dengan ketara bagi kumpulan KH berbanding kumpulan MetS. Kajian histologi yang menggunakan pewarnaan Nissl menunjukkan pengurangan bilangan sel piramida yang ketara bagi hipokampus kumpulan MS16 berbanding kumpulan KH. Madu Kelulut didapati mampu memulihkan glukosa darah ke tahap biasa dan mengurangkan tahap serum trigliserida dan LDL dalam tikus MetS. Ujikaji tingkahlaku menunjukkan kumpulan yang diberi tambahan madu Kelulut mempamerkan hasil yang lebih baik berbanding kumpulan MetS. Hasil ini menunjukkan peranan penting madu Kelulut dalam memerangi penyakit neurodegeneratif melalui aktiviti antioksidan polifenol yang terdapat dalam madu tersebut.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectMetabolic Syndrome -- prevention & controlen_US
dc.subjectHoneyen_US
dc.titleKesan madu kelulut ke atas hipokampus tikus yang terinduksi sindrom metaboliken_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notese-tesisen_US
dc.format.pages170en_US
dc.identifier.callnoQS20.5.N9741k 2019 9HUKMPRA tesisen_US
dc.identifier.barcode00002247154en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Sains Perubatanen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kesan madu kelulut ke atas hipokampus tikus yang terinduksi sindrom metabolik.pdf
  Restricted Access
Full-text2.86 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.