Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776528
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ramalinggam Rajamanickam, Prof. Madya Dr. | en_US |
dc.contributor.advisor | Muhamad Helmi Md. Said, Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Kevin Brendan Kung (P102908) | en_US |
dc.date.accessioned | 2024-11-12T07:36:46Z | - |
dc.date.available | 2024-11-12T07:36:46Z | - |
dc.date.issued | 2023-07-14 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776528 | - |
dc.description.abstract | Anjing pengesan telah digunakan dalam siasatan jenayah sejak berdekad-dekad. Di Malaysia, unit anjing pengesan (Unit K9 Polis Diraja Malaysia) telah ditubuhkan untuk mengenal pasti identiti penjenayah, mengesan dadah, bahan letupan dan bahan bukti. Sungguhpun anjing pengesan digunakan secara meluas dalam siasatan jenayah, namun keterangan tersebut tidak dikemukakan oleh pihak pendakwaan sebagai keterangan dan tidak dicabar oleh pihak pembelaan serta tidak ada perbincangan tentang kebolehterimaannya oleh mahkamah di Malaysia. Anjing-anjing tersebut hanya digunakan sebagai instrumen untuk mengesan dan menjejak bahan bukti, termasuk suspek dan mangsa. Walaupun kebolehan dan keberkesanan anjing pengesan dipuji, namun penggunaannya menimbulkan isu-isu tentang proses pembuktian dan masalah dari aspek kebolehterimaannya sebagai keterangan di Malaysia. Oleh itu, penyelidikan ini dijalankan untuk menilai kekuatan dan kebolehpercayaan keterangan anjing pengesan dari sudut saintifik; menganalisis undang-undang sedia ada tentang keterangan anjing pengesan di Malaysia dengan membandingkan kedudukan di negara Amerika Syarikat, United Kingdom dan India; dan mencadangkan penambahbaikan dalam konteks pembuktian dan kebolehterimaan keterangan anjing pengesan di Malaysia. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan mengumpulkan data melalui kajian kepustakaan dan temu bual. Kaedah perbandingan serta analitis dan kritis merupakan pendekatan utama yang digunakan untuk menganalisis data dalam penyelidikan ini. Dapatan menunjukkan bahawa mahkamah di bidang kuasa lain telah menerima keterangan anjing pengesan seawal tahun 1917, namun mahkamah di Malaysia tidak pernah menerima keterangan anjing pengesan. Mahkamah-mahkamah di bidang kuasa lain juga telah menetapkan beberapa elemen penting yang perlu dipertimbangkan sebelum keterangan anjing pengesan diterima. Penyelidikan ini juga mendapati bahawa peruntukan yang sedia ada, iaitu seksyen 45 Akta Keterangan 1950 boleh digunakan untuk menerima keterangan anjing pengesan di Malaysia. Keterangan anjing pengesan boleh dikemukakan melalui pengendali anjing dan diterima sebagai saksi pakar di Malaysia. Oleh itu, penyelidikan ini mencadangkan supaya misalan khusus tentang pengendali anjing sebagai pakar boleh dimasukkan di bawah seksyen 45 Akta Keterangan 1950 untuk memberikan kejelasan. Mahkamah di Malaysia juga boleh menetapkan elemen-elemen tertentu sebagai prasyarat sebelum keterangan anjing pengesan diterima. Keterangan anjing pengesan turut perlu disokong dengan keterangan lain supaya tidak memudaratkan tertuduh dalam sesuatu sabitan jenayah. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Law / Fakulti Undang-undang | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.subject | Criminal investigation -- Malaysia | en_US |
dc.title | Kebolehterimaan penerangan anjing pengesan oleh mahkamah di Malaysia | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.description.notes | e-tesis | en_US |
dc.format.pages | 273 | en_US |
dc.format.degree | Ph.D. | en_US |
dc.description.categoryoftheses | Access Terbuka/Open Access | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Law / Fakulti Undang-undang |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Kebolehterimaan penerangan anjing pengesan oleh mahkamah di Malaysia.pdf Restricted Access | Full-text | 3.91 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.