Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776525
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRuzian Markom, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorMarziana Abd. Malib (P78329)en_US
dc.date.accessioned2024-11-12T06:58:45Z-
dc.date.available2024-11-12T06:58:45Z-
dc.date.issued2024-03-24-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776525-
dc.description.abstractWakaf berupaya memberi sumbangan besar dalam pertumbuhan sosio-ekonomi umat Islam dalam pelbagai bidang, antaranya berperanan sebagai mekanisme pembasmian kemiskinan, keterjaminan makanan, sumber ekonomi yang mampan, penyediaan kemudahan kesihatan dan pendidikan berkualiti. Semua peranan ini selaras dengan matlamat pembangunan mampan (SDG) yang ditetapkan oleh PBB sebagai pelan tindakan sedunia untuk mencapai pembangunan mampan menjelang 2030. Namun kelestarian Wakaf hanya dapat dikekalkan dengan adanya struktur tadbir urus (TU) yang sistematik dan berintegriti. Di Malaysia, Wakaf adalah dibawah pentadbiran kerajaan negeri, iaitu Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Senarai II, Jadual Kesembilan. Ini memberi implikasi ketidakseragaman undang-undang dan amalan TU di setiap negeri. Selain itu, terdapat beberapa isu TU dalam MAIN yang dikenalpasti, antaranya terdapat beberapa aset Wakaf yang tidak diurus dengan cekap, kecuaian, dan pengabaian tanggungjawab. Kebimbangan ini didapati berpunca daripada kaedah TU yang kurang berstruktur dan tidak jelas. Oleh itu, objektif penyelidikan ini adalah untuk menerokai, prinsip dan kaedah TU, menyiasat amalan TU wakaf oleh MAIN, mengkaji pelaksanaan sistem kawalan dalaman, dasar akauntabiliti serta mengkaji tindakan yang diambil hasil daripada laporan audit sebagai kaedah penambahbaikan TU. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan data dikumpul melalui kaedah perpustakaan, merujuk garis panduan, dokumen berkaitan khususnya TU, analisis kandungan dan menjalankan temu bual separa berstruktur untuk mencapai kesemua objektif tersebut. Temubual melibatkan tiga kriteria MAIN yang dipilih dan beberapa orang pakar dalam bidang berkaitan. Penyelidikan ini mendapati, MAIN masih belum memenuhi sistem TU yang berstruktur dan sistematik dalam melaksanakan peranannya. Sistem TU semasa, memerlukan penambahbaikan khususnya dalam aspek kawalan dalaman, amalan akauntabiliti dan perlaksanaan pengawalselian. Keadaan ini memberi cabaran dalam amalan TU Wakaf dan memberi impak terhadap akauntabiliti dan integriti wakaf di MAIN. Oleh itu, kajian ini menyarankan agar rangka kerja perundangan TU Wakaf dikemas kini dan ditambahbaik untuk mencapai kelestarian manfaat Wakaf di samping meningkatkan kredibiliti MAIN.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Law / Fakulti Undang-undangen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.subjectCharitable uses, trusts, and foundations (Islamic law) -- Malaysiaen_US
dc.subjectWaqf -- Malaysiaen_US
dc.subjectIslamic law -- Malaysiaen_US
dc.titleTransformasi tadbir urus wakaf dan kaedah penguatkuasaannya oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) terpilih dalam sistem perundangan wakaf di Malaysiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notese-tesisen_US
dc.format.pages436en_US
dc.format.degreePh.D.en_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.