Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775717
Title: Pembuktian jenayah siber dengan menggunakan keterangan elektronik di Malaysia
Authors: Khamsiah @ Anita Harun (P103272)
Supervisor: Ramalinggam Rajamanickam, Prof. Madya Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Computer crimes -- Law and legislation -- Malaysia
Issue Date: 12-Aug-2023
Abstract: Globalisasi dan peningkatan arus pemodenan pada hari ini telah menyebabkan kenaikan kadar jenayah di Malaysia. Penggunaan teknologi yang canggih oleh kebanyakan rakyat di negara ini telah menjadikan keterangan elektronik sebagai salah satu keterangan yang penting di mahkamah terutamanya bagi jenayah siber. Walau bagaimanapun, banyak isu yang timbul mengenai penerimaan keterangan elektronik seperti isu kerelavanan dan kebolehterimaan, isu peruntukan undang-undang terutamanya Undang-undang. Keterangan yang mengawal selia keterangan ini, dan isu definisi "dokumen yang dikeluarkan oleh komputer". Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti konsep kebolehterimaan, kerelevanan dan pembuktian jenayah siber di mahkamah serta peruntukan undang-undang yang berkaitan, menganalisis isu-isu perundangan mengenai penggunaan keterangan elektronik dalam kes jenayah siber, membandingkan kedudukan keterangan elektronik dalam kes jenayah siber negara-negara luar seperti United Kingdom dan Singapura, serta mencadangkan penyelesaian terhadap isu-isu berbangkit tentang pembuktian jenayah siber menggunakan keterangan elektronik di mahkamah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang bersifat doktrinal. Bagi pengumpulan data, sumber-sumber primer seperti statut undang-undang dan kes-kes mahkamah serta sumber-sumber sekunder seperti artikel dan buku teks telah diaplikasikan dalam kajian ini. Kaedah sejarah, kaedah analisis dan kritis dan kaedah perbandingan merupakan kaedah-kaedah yang digunakan dalam menganalisis data-data kajian. Hasil kajian mendapati bahawa pengemukaan keterangan elektronik boleh dilaksanakan dengan berpandukan kepada seksyen 90A, 90B, 90C dan 114A Akta Keterangan 1950. Pengemukaan keterangan ini hanya boleh diterima sekiranya keterangan tersebut telah memenuhi konsep kerelevanan dan kebolehterimaan seperti yang telah digariskan oleh undang-undang keterangan. Pengemukaan keterangan elektronik di Malaysia juga adalah lebih ketat berbanding United Kingdom dan Singapura. Antara cadangan penambahbaikan yang telah diutarakan dalam kajian ini ialah ketulenan, ketepatan dan keselamatan sesuatu keterangan elektronik hendaklah dipastikan terlebih dahulu sebelum keterangan ini diterima oleh mahkamah dan penetapan tafsiran yang jelas bagi dokumen yang dikeluarkan oleh komputer.
Notes: e-tesis
Pages: 168
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembuktian jenayah siber dengan menggunakan keterangan elektronik di Malaysia.pdf
  Restricted Access
Full-text1.92 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.