Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775716
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohamad Rizal Abd Rahman, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorSahanah Kathirvelu (P111406)en_US
dc.date.accessioned2024-09-04T02:31:34Z-
dc.date.available2024-09-04T02:31:34Z-
dc.date.issued2024-01-27-
dc.identifier.urihttps://ptsldigitalv2.ukm.my/jspui/handle/123456789/775716-
dc.description.abstractDi sebalik usaha kerajaan untuk membendung aktiviti perjudian haram di Malaysia, perangkaan menunjukkan peningkatan dalam bilangan individu yang didakwa atas kesalahan perjudian dalam talian. Justeru, matlamat utama kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan undang-undang perjudian sedia ada dalam menangani aktiviti perjudian dalam talian di Malaysia. Kajian ini mempunyai empat objektif. Objektif pertama kajian adalah untuk mengkaji kerangka perundangan undang-undang perjudian dalam talian di Malaysia dan Singapura. Objektif kedua adalah untuk menilai isu-isu perundangan dalam kerangka perundangan di Malaysia vis-à-vis perkembangan-perkembangan yang boleh diteladani dalam kerangka perundangan di Singapura. Objektif ketiga pula bertujuan untuk menganalisis mekanisme penguatkuasaan undang-undang perjudian dalam talian di Malaysia dengan membuat perbandingan dengan kaedah penguatkuasaan undang-undang perjudian dalam talian di Singapura. Objektif terakhir adalah untuk mengesyorkan penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap kerangka perundangan dan usaha penguatkuasaan undang-undang perjudian dalam talian di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kajian perundangan tulen yang melibatkan kajian terhadap peruntukan undang-undang, statut, risalat, laporan kerajaan dan kes-kes yang diputuskan di Mahkamah. Kaedah kajian doktrinal dan kualitatif digunakan dalam kajian ini. Kajian kualitatif ini dilaksanakan menerusi kaedah perpustakaan dan temu bual. Kajian mendapati bahawa Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 (Akta 289) tidak memperuntukkan takrifan yang jelas bagi kegiatan perjudian dalam talian.. Kajian turut mendapati bahawa kumpulan rentan iaitu orang belum dewasa dan muda tidak terlindung di bawah undang-undang tersebut kerana mereka sering menjadi sasaran utama operator perjudian dalam talian. Sehubungan itu, kajian mengesyorkan agar pindaan ke atas peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan definisi, pengiklanan perjudian dalam talian, perlindungan golongan orang belum dewasa dan muda, dan menambah baik garis panduan penghukuman di bawah Akta 289.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Law / Fakulti Undang-undangen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.subjectGambling -- Law and legislation -- Singaporeen_US
dc.subjectGambling -- Law and legislation -- Malaysiaen_US
dc.titlePerjudian dalam talian: satu analisis perbandingan kerangka perundangan di Malaysia dan Singapuraen_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notese-tesisen_US
dc.format.pages279en_US
dc.format.degreeSarjana Undang-Undangen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Perjudian dalam talian; satu analisis perbandingan kerangka perundangan di Malaysia dan Singapura.pdf
  Restricted Access
Full-text4.84 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.