Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775647
Title: | Analisis manhaj kefatwaan Zulkifli Mohammad Al-Bakri dalam wacana hukum syarak sebagai mufti Wilayah Persekutuan |
Authors: | Mohammad Hasanain Zulkifli (P113645) |
Supervisor: | Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani, Dr. |
Keywords: | Fatwas -- Malaysia Muftis (Muslim officials) -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 18-Dec-2023 |
Abstract: | Kajian ini berkisar berkenaan manhaj Zulkifli Mohamad al-Bakri, mantan Mufti Wilayah Persekutuan dan mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam wacana hukum Syarak. Ketika beliau menjawat jawatan mufti, wacana ilmiah beliau dalam pengeluaran fatwa sering menjadi rujukan kepada masyarakat. Namun, tiada kajian lanjut berkenaan latar belakang beliau yang membentuk ketokohan beliau dalam menjadi salah seorang tokoh ilmuan Islam di Malaysia. Begitu juga, terdapat beberapa kritikan daripada pengkritik dan ahli agamawan berkenaan manhaj beliau dalam pengeluaran hukum dan fatwa. Justeru, tujuan kajian ini adalah bagi merungkai manhaj hukum yang digunakan oleh beliau dalam penghasilan hukum. Kajian ini memfokuskan Bayan Linnas terbitan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Antara perkara yang diberi penekanan dalam kajian ini adalah manhaj beliau seperti sumber rujukan fatwa, pendekatan mazhab yang digunakan dalam mengeluarkan hukum, penggunaan Maqāṣid al-Syariah, serta pengaruh suasana atau cara hidup (wāqi’) di Malaysia yang memberi kesan terhadap hukum yang dikeluarkan. Kajian ini merupakan satu kajian kualitatif, yang menggunakan temu bual dan analisis dokumen dalam proses pengumpulan data. Data-data yang dikumpulkan dianalisis secara deskriptif dan induktif. Hasil kajian mendapati Zulkifli Mohamad al-Bakri menggunakan pelbagai sumber rujukan hukum utama Islam berpandukan kitab-kitab turāth dan kontemporari. Kajian ini juga mendapati terdapat persamaan di antara manhaj beliau dengan manhaj al-Suyuti yang lebih bersifat sederhana (wasaṭi). Manhaj sebegini memberi kemudahan kepada masyarakat untuk beramal dan memahami isu-isu yang berlaku dalam kalangan masyarakat. |
Pages: | 170 |
Call Number: | BP158.F3.M8343 2023 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Analisis manhaj kefatwaan Zulkifli Mohammad Al-Bakri dalam wacana hukum syarak sebaga mufti Wilayah Persekutuan.pdf Restricted Access | Partial | 1.22 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.