Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775646
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZamzuri bin Zakaria, Dr.en_US
dc.contributor.authorAbdul Rahman Musliman (P97397)en_US
dc.date.accessioned2024-08-27T04:08:58Z-
dc.date.available2024-08-27T04:08:58Z-
dc.date.issued2023-12-15-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775646-
dc.description.abstractPengurusan harta pusaka tak alih di Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Negeri Johor berada pada tahap yang lemah serta tidak memuaskan mengikut dapatan daripada Jabatan Audit Negara pada tahun 2017. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah perkara tersebut beserta puncanya. Kajian juga akan mencadangkan penambahbaikan terhadap garis panduan pengurusan aset pusaka tak alih yang diamalkan oleh Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Negeri Johor. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang berbentuk analisis kandungan dan temu bual separa struktur. Data terkumpul dianalisis secara deduktif dan deskriptif. Hasil kajian mendapati enam masalah utama yang dihadapi iaitu aset dimiliki tidak dibuat carian, aset yang direkod tidak selaras, proses tebus pusaka yang lewat diselesaikan, pengurusan tanah milik penuh, berkongsi dan bangunan yang tidak teratur seperti terbiar, tidak disewakan, isu tunggakan sewa serta isu penerimaan hasil tanah. Ia didapati berpunca daripada faktor dalaman dan luaran. Punca dalaman ialah kekurangan prosedur kerja, kelemahan proses rekod serta hubungan usahasama yang tidak kemas. Punca luaran pula ialah karenah ahli waris, ragam penyewa, nilaian aset yang sukar dikawal oleh baitulmal, dan masalah fizikal aset yang dimiliki serta kedudukannya. Bagi mengatasi masalah ketidaklancaran pengurusan aset, kajian telah mencadangkan tiga penambahbaikan terhadap garis panduan aset kepada Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Negeri Johor. Pertama adalah mencadangkan susunatur kitaran hayat aset sebagai panduan utama. Kedua, penambahbaikan dengan menyusun proses kerja pengurusan aset pusaka tak alih yang dibuat. Ketiga, mencadangkan tujuh syor memperkasakan tadbir urus pengurusan harta tersebut. Implikasi kajian ini akan menyumbang kepada kelancaran bagi aspek pengurusan aset pusaka tak alih yang dikawal selia oleh Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Negeri Johor. Ia juga akan menyumbang maklumat tambahan kepada Kerajaan Negeri untuk menilai semula pelaksanaan penerimaan harta pusaka tak alih menerusi amalan semasa sistem pewarisan Islam kepada Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Negeri Johor.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectInheritance and succession (Islamic law) -- Malaysiaen_US
dc.subjectLand tenure (Islamic law) -- Malaysiaen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysien_US
dc.titleMemperkasa tadbir urus harta pusaka tak alih di Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Negeri Johor en_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages197en_US
dc.identifier.callnoBP158.I45A237 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007436en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islamen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Memperkasa tadbir urus harta pusaka tak alih di bahagian baitulmal majlis agama islam negeri Johor.pdf
  Restricted Access
Full-text5.54 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.