Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775645
Title: | Penerimaan Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) terhadap konstruk kompetensi dakwah |
Authors: | Ayuni Nazuha Mohd. Rosli (P116175) |
Supervisor: | Abdul Ghafar Don, Prof. Dr. Mohamad Zulkifli Abdul Ghani, Dr. |
Keywords: | Da'wah (Islam) Orang Asli (Malaysian people) Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 29-Dec-2023 |
Abstract: | Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) merupakan kakitangan kerajaan yang dilantik oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan ditugaskan untuk melaksanakan dakwah kepada masyarakat Orang Asli. PMOA bertanggungjawab untuk menyampaikan ajaran agama Islam dan memberi kefahaman tentang Islam terhadap komuniti Asli. Namun berlaku ketidakselarasan dalam penyampaian dakwah kerana panduan yang khusus untuk dijadikan sebagai rujukan pendakwah kurang mencukupi dan kekurangan pendakwah yang berkemahiran untuk melaksanakan dakwah yang berkesan terhadap Orang Asli kerana pendakwah sudah selesa dengan cara sendiri. Oleh itu, perlu ada konstruk kompetensi dakwah yang khusus untuk dijadikan panduan kepada PMOA dan melahirkan pendakwah yang berkemahiran. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian konstruk kompetensi dakwah terhadap PMOA dan menganalisis penerimaan PMOA terhadap konstruk kompetensi dakwah. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan melalui edaran borang soal selidik. Instrumen soal selidik dikumpulkan oleh 140 responden dalam kalangan PMOA. Kajian ini melibatkan empat zon di Semenanjung Malaysia iaitu Zon Utara (Kedah & Perak), Zon Tengah (Selangor), Zon Selatan (Johor, Melaka & Negeri Sembilan) dan Zon Timur (Pahang, Kelantan & Terengganu). Data-data kajian dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan SPSS (Statistical Package for Social Science) versi 26.0. Hasil kajian mendapati kesesuaian konstruk kompetensi dakwah berada pada tahap yang sangat baik. Skor min keseluruhan item yang paling tinggi adalah konstruk sikap iaitu dengan nilai min = 4.61. Manakala nilai min kedua tertinggi adalah konstruk pengetahuan iaitu dengan nilai min = 4.54. Nilai min ketiga tertinggi adalah konstruk persediaan diri iaitu dengan nilai min = 4.51. Nilai min kedua terendah adalah konstruk pendekatan iaitu dengan nilai min 4.50. Nilai min paling rendah adalah konstruk kemahiran iaitu 4.43. Implikasi kajian menyatakan bahawa konstruk kompetensi ini boleh diaplikasi sebagai panduan kepada pendakwah khususnya kepada pendakwah masyarakat Orang Asli. |
Pages: | 145 |
Call Number: | BP170.85.A938 2023 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Penerimaan penggerak masyarakat orang asli (PMOA) terhadap konstruk kompetensi dakwah.pdf Restricted Access | Partial | 2.33 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.