Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775635
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRoziah Sidik @ Mat Sidek, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorAina Zafirah Samsudin (P110112)en_US
dc.date.accessioned2024-08-27T03:43:34Z-
dc.date.available2024-08-27T03:43:34Z-
dc.date.issued2023-09-18-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775635-
dc.description.abstractCaravanserai merujuk kepada tempat penginapan bagi pengembara di sepanjang laluan perdagangan utama seperti Laluan Sutera. Pada asasnya, caravanserai merupakan satu kemudahan yang dibangunkan oleh kerajaan secara percuma kepada para pengembara untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan mereka. Namun secara spesifik, caravanserai dalam tamadun Islam ini dibangunkan dengan pelbagai fungsi iaitu untuk memenuhi keperluan para caravan. Fungsinya boleh dikategorikan kepada fungsi sosial, keselamatan, ekonomi dan budaya. Fungsi sosial misalnya menawarkan penginapan sementara yang lengkap dengan fasiliti. Kaitannya dengan pelancongan ialah apabila pelancongan merupakan satu industri yang menyediakan kemudahan kepada pelancong, dan kemudahan yang disediakan itu menjadi daya tarikan kepada sesuatu tempat pelancongan. Berdasarkan fungsi yang dijalankan oleh caravanserai ini, ia boleh dikaitkan dengan pelancongan meskipun pada awal pembinaan caravanserai, sukar untuk mengaitkan fungsi ini dengan pelancongan kerana caravanserai hanyalah sekadar tempat persinggahan sementara sahaja. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi meneliti konsep caravanserai dalam tamadun Islam, mengkaji faktor wujudnya simbiosis antara caravanserai dengan pelancongan, membahaskan simbiosis antara caravanserai dengan pelancongan dan menganalisis impak simbiosis antara caravanserai dengan pelancongan dalam tamadun Islam. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian sejarah dan analisis kandungan. Maklumat dan data dikumpul dari pelbagai sumber rujukan dan seterusnya dianalisis menggunakan kaedah tematik dan deduktif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa caravanserai mempunyai hubungan yang signifikan dengan industri pelancongan dalam tamadun Islam. Pertama, kewujudan caravanserai dalam tamadun Islam merupakan sebuah struktur bangunan yang menyediakan pelbagai fungsi kepada orang ramai. Kedua, kedudukan caravanserai di Laluan Sutera dan kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan menjadi faktor wujudnya simbiosis antara kedua-duanya. Kemudahan yang pelbagai ini telah menjadi daya tarikan pelancong ke caravanserai kerana ia memenuhi semua keperluan asas para pengembara. Ketiga, proses pemuliharaan dan penaiktarafan caravanserai kepada hotel turut dilakukan untuk tujuan pelancongan. Usaha yang dilakukan ini bukan sahaja untuk menarik kedatangan pelancong. Malah, ia dapat menghidupkan semula caravanserai lama di samping menjadi tempat kemudahan pelancong. Pengiktirafan caravanserai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO juga dapat melonjakkan potensinya sebagai destinasi pelancongan. Hasilnya, simbiosis antara caravanserai dengan pelancongan telah memberi impak yang positif dalam memperkasakan pelancongan menerusi Pelancongan Sejarah, Pelancongan Budaya dan Pelancongan Kesenian serta menjana pertumbuhan ekonomi negara.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectCaravansariesen_US
dc.subjectTourism -- Religious aspects -- Islamen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleSimbiosis antara Caravanserai dengan pelancongan dalam tamadun Islamen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages213en_US
dc.identifier.callnoNA8340.A386 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007280en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islamen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Simbiosis antara Caravanserai dengan pelancongan dalam tamadun Islam.pdf
  Restricted Access
Full-text17.2 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.