Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775633
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAmir Fazlim Yusoff @ Jusoh, Dr.en_US
dc.contributor.authorKhairul Azmil Md. Noor (P98342)en_US
dc.date.accessioned2024-08-27T03:40:15Z-
dc.date.available2024-08-27T03:40:15Z-
dc.date.issued2023-09-19-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775633-
dc.description.abstractE-Wallet yang kini digunakan secara meluas merupakan aplikasi atau perkhidmatan secara online yang membolehkan seseorang melaksanakan urusniaga secara elektronik bersama pihak lain melalui pertukaran wang digital (e-money) dengan sesuatu barangan atau perkhidmatan. E-wallet ini dilihat amat berkait rapat dengan isu kewangan islam khususnya dari sudut akad sehingga memberi kesan kepada akad tersebut sama ada harus ataupun haram dari segi syarak. Oleh itu, kajian e-wallet ini menjadikan Touch ‘n Go, Grabpay dan Boost sebagai contoh model kajian kerana ketiga-tiga e-wallet ini banyak digunakan oleh rakyat Malaysia lantas mewakili e-wallet Malaysia. Terdapat beberapa permasalahan yang timbul terhadap status e-wallet ini untuk dikaji antaranya sejauhmana persamaan akaun Touch ‘n Go eWallet, Grabpay dan Boost dengan kontrak waka>lah berdasarkan apa yang disebut oleh Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia (BNM) ataupun dengan kontrak-kontrak yang lain. Selain itu, wujud ketidaktentuan status ganjaran e-wallet sama ada harus atau sebaliknya. Seterusnya, ketidakjelasan status patuh syariah berkaitan kemasukan e-money ke dalam e-wallet serta pemulangan semula e-money kepada pengguna e-wallet. Kajian ini bertujuan menganalisis akad-akad pada e-wallet khususnya akad waka>lah kerana pada tahun 2020, BNM telah menetapkan bahawa sistem e-wallet ini bertepatan dengan akad waka>lah. Selain itu, ia menganalisis status kemasukan, ganjaran dan pengeluaran e-money daripada e-wallet. Kajian ini memfokuskan hubungan antara pengguna dan operator e-wallet. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berdasarkan analisis kandungan untuk mendapatkan data dari sumber primer dan sekunder kemudian dianalisis secara induktif, deskriptif dan komperatif. Kajian ini mendapati Touch ‘n Go eWallet selain akaun +GO, Grabpay dan Boost belum memenuhi piawaian patuh syariah kerana keterlibatannya dengan transaksi tidak patuh syariah serta terdapat unsur riba. Kajian ini merungkai sedikit sebanyak permasalahan e-wallet menurut syariah sebagai panduan kepada pengguna dan operator e-wallet supaya mengutamakan pematuhan syariah serta memudahkan lagi kajian fiqh muamalat yang berkaitan dengannya pada masa hadapan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectElectronic funds transfers (Islamic law)en_US
dc.subjectCommercial law (Islamic law)en_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePenggunaan akad dalam e-wallet dan e-money di Malaysiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages195en_US
dc.identifier.callnoBP158.E3.K483 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007278en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islamen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Penggunaan akad dalam e-wallet dan e-money di Malaysia.pdf
  Restricted Access
Full-text2.13 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.