Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775632
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNik Abdul Rahim Nik Abd Ghani, Dr.en_US
dc.contributor.authorMohammad Syafiq Shaifuddin (P109298)en_US
dc.date.accessioned2024-08-27T03:38:31Z-
dc.date.available2024-08-27T03:38:31Z-
dc.date.issued2023-02-17-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775632-
dc.description.abstractPemilikan merupakan elemen penting untuk menentukan kelayakan bagi individu melakukan transaksi terhadap sesuatu aset. Situasi era moden kini menyaksikan berlakunya perkembangan oleh insitusi kewangan Islam dalam menawarkan kontrak pembiayaan bagi memudahan pelanggan memiliki aset aset penting iaitu kenderaan dan perumahan. Kepelbagaian akad dalam sesuatu kontrak pembiayaan yang ditawarkan memberi kesan kepada status pemilikan aset terhadap pelanggan dan juga insitusi kewangan Islam sepanjang tempoh pembiayaan tersebut. Berikutan daripada perkara tersebut timbulnya persoalan sekiranya pelanggan ingin menghibahkan aset yang dimilikinya ketika masih dalam tempoh pembiayaan. Hal ini kerana majoriti fuqaha' mensyaratkan pemberi hibah perlu memiliki pemilikan sempurna terlebih dahulu sebelum bertindak menghibahkannya. Oleh yang demikian, objektif kajian ini bertujuan mengkaji status pemilikan pelanggan dalam tempoh pembiayaan dan mengetahui kesan status pemilikan tersebut kepada akad hibah seterusnya mencadangkan cadangan penambahbaikan dan garis panduan penghibahan aset dalam tempoh pembiayaan yang selari dengan panduan syarak. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan metod analisis kandungan dan temubual separa struktur yang melibatkan pakar kewangan Islam serta pegawai perancangan harta Islam. Data-data yang diperolehi akan dikumpulkan serta dianalisis secara deskriptif dan tematik. Hasil kajian mendapati status pemilikan terhadap pelanggan dalam tempoh pembiayaan menatijahkan pemilikan sempurna dan pemilikan tidak sempurna bergantung kepada akad pendasar sesuatu kontrak pembiayaan tersebut. Kontrak pembiayaan yang memberikan hak pemilikan sempurna tidak menjejaskan akad hibah yang dilakukan dalam tempoh pembiayaan manakala kontrak yang menatijahkan hak pemilikan tidak sempurna adalah sebaliknya. Cadangan penambahbaikan untuk mengelakkan sebarang ketidakpatuhan syariah ketika melakukan hibah tersebut dapat dilakukan menerusi garis panduan yang lebih khusus dan jelas serta perlu diwartakan oleh pihak yang berautoriti. Perkara ini diikuti dengan kaedah promosi dan penerangan yang jelas oleh pihak pegawai perancangan harta Islam. Implikasi kajian ini akan menjadikan operasi penghibahan harta dalam tempoh pembiayaan sentiasa berada di bawah kerangka syarak bagi mengelakkan risiko ketidakpatuhan kepada syariahen_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectBanking law (Islamic law)en_US
dc.subjectGifts (Islamic law)en_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleStatus pemilikan dalam pembiayaan perumahan dan kenderaan perbankan islam dan kesannya kepada akad hibahen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages134en_US
dc.identifier.callnoBP158.B35.M835 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007277en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islamen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Status pemilikan dalam pembiayaan perumahan dan kenderaan perbankan islam dan kesannya kepada akad hibah.pdf
  Restricted Access
Full-text2.62 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.