Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775625
Title: Ibadah dalam kalangan pelajar orang kurang upaya (OKU) fizikal muslim di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi
Authors: Mohd. Fuaad Abdullah Rahim (P104202)
Supervisor: Khazri Osman, Dr.
Zulkifli Abdul Ghani, Dr.
Keywords: Worship (Islam)
Religious life -- Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 24-Jul-2023
Abstract: Dalam konteks pembangunan orang kurang upaya di Malaysia, ibadah adalah salah satu elemen terpenting dan boleh memberikan pengaruh terhadap kualiti keperibadian orang kurang upaya fizikal. Ia mampu membentuk dan mempertingkatkan nilai modal insan dengan mengaplikasikan ibadah dalam kehidupan seharian dari segi emosi, fizikal dan spiritual. Kajian berkaitan ibadah yang melibatkan pelajar orang kurang upaya (OKU) fizikal Muslim di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi berkepentingan untuk menilai dan mengenal pasti sejauh mana pemahaman serta pengamalan ibadah dalam kalangan komuniti orang kurang Upaya khususnya kategori ketidakupyaan anggota atau fizikal. Selain dari itu menerusi kajian ini juga ia dapat membantu memastikan tiada pengabaian berkaitan aspek pemahaman dan pengamalan ibadah dalam kalangan pelajar OKU fizikal Muslim. Ibadah menjadi tanggungjawab setiap orang Islam yang mukallaf termasuklah komuniti OKU terutamanya kategori fizikal. Ini adalah kerana komuniti OKU fizikal tidak melibatkan kecacatan terhadap akal. Dari sudut perspektif dakwah pula, ibadah OKU fizikal adalah merupakan sebahagian daripada tindak balas terhadap aktiviti dakwah yang telah disampaikan kepada mereka. Walaupun terdapat beberapa kajian yang melibatkan OKU di Malaysia namun kajian yang mempunyai kaitan dengan ibadah ini masih belum diterokai sepenuhnya terhadap OKU berbanding orang upaya (OU). Maklumat kajian ini terhasil menerusi instrumen borang soal selidik yang mengandungi item berbentuk skala pilihan yang kemudiannya dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Hasil menerusi analisis data bagi pemahaman ibadah mendapati responden mempunyai tahap pemahaman yang sederhana. Selain dari itu juga analisis data bagi faktor pengabaian ibadah juga adalaha sederhana. Manakala tahap penghayatan faktor ibadah memperolehi tahap yang tinggi. Melalui kajian ini ia dapat mengenal pasti dan menilai semula pendekatan dakwah yang lebih sesuai dalam meningkatkan lagi usaha dakwah terhadap komuniti OKU fizikal. Selain dari itu, ibadah juga merupakan sebahagian kaedah untuk membentuk sahsiah pelajar OKU fizikal. Justeru melalui kajian yang telah dilaksanakan ini mendapati tahap pengetahuan dan pengamalan ibadah dalam kalangan pelajar OKU fizikal adalah sederhana dan masih memerlukan bimbingan yang berterusan untuk melahirkan komuniti OKU fizikal yang bertaqwa dan beramal soleh.
Pages: 137
Call Number: BP184.2.M8324 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Ibadah dalam kalangan pelajar orang kurang upaya (OKU) fizikal muslim di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi.pdf
  Restricted Access
Full-text2.53 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.