Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775624
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMuhamad Faisal Ashaari, Dr.en_US
dc.contributor.advisorHasanah binti Abd. Khafidz, Dr.en_US
dc.contributor.authorAlhuzaee Sulaiman (P109543)en_US
dc.date.accessioned2024-08-27T01:28:18Z-
dc.date.available2024-08-27T01:28:18Z-
dc.date.issued2023-09-19-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775624-
dc.description.abstractPandemik COVID-19 telah mengubah landskap pendidikan negara terutama dalam bidang kokurikulum. Kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebabkan aktiviti kokurikulum dakwah di sekolah tidak dapat dilaksanakan secara bersemuka bahkan murid hanya berpeluang menyertai Aktiviti Dakwah Sekolah Secara Dalam Talian (AKDSDT). Hal ini merupakan fenomena baharu dalam dunia pendidikan di Malaysia dan ia menjadi cabaran yang besar kepada guru untuk menyampaikan pengajaran kepada murid. Kajian ini bertujuan mengkaji pelaksanaan AKDSDT yang dilaksanakan dalam tempoh pandemik COVID-19 menggunakan reka bentuk kualitatif berasaskan model penilaian pendidikan CIPP Stufflebeam (2019) yang merangkumi empat aspek teras iaitu penilaian konteks matlamat, penilaian input sumber, penilaian proses pelaksanaan dan penilaian produk hasil. Kajian ini cuba mengenal pasti bentuk dan matlamat AKDSDT, mengkaji proses pelaksanaan AKDSDT, dan menganalisis hasil pelaksanaan AKDSDT. Ia dilaksanakan antara Mei 2021 hingga Mei 2022 melibatkan 11 buah sekolah di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Temu bual bersama guru penyelaras aktiviti kokurikulum dakwah di sekolah dan penelitian rakaman video di YouTube dilaksanakan bagi mengutip data berkaitan. Analisis data menggunakan perisian ATLAS.ti 9.0.1.5. Kajian mendapati aktiviti berkaitan al-Quran paling banyak dilaksanakan secara dalam talian iaitu khatam al-Quran, bacaan surah Yasin, dan tadarus al-Quran. Matlamat AKDSDT dilihat lebih cenderung ke arah afektif berbanding psikomotor dan kognitif murid iaitu melibatkan penerapan nilai agama, pengukuhan sahsiah dan nilai murni. Sokongan dari pelbagai pihak terutamanya peruntukan dari KPM, sokongan ibu bapa dan tajaan daripada pelbagai sumber membantu pelaksanaan aktiviti ini. Namun dalam masa yang sama kemudahan peralatan yang disediakan oleh sekolah masih kurang memuaskan dan perlukan perhatian. Kekuatan AKDSDT tertumpu kepada penjimatan kos, masa dan tenaga kerja. Kelebihan juga dapat dilihat melalui peningkatan kemahiran TMK, pengembangan potensi dan keyakinan diri, kebolehcapaian bahan, dan pengukuhan nilai murni. Manakala kelemahan berlaku dalam aspek capaian Internet, batasan interaksi, kurang sambutan, berkongsi atau tiada peranti dan kurang kemahiran teknikal. Implikasi kajian mendapati bahawa AKDSDT perlu ditambahbaik pada masa akan datang agar ia kekal relevan untuk dilaksanakan di sekolah. Kemudahan akses kepada aktiviti dalam talian perlu dipertingkat dan latihan untuk guru perlu diperkukuh agar pelaksanaan akan datang lebih lancar dan berkesan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectDa'wah (Islam)en_US
dc.subjectWeb-based instruction -- Malaysiaen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleAktiviti kokurikulum dakwah secara dalam talian sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia di Putrajayaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages206en_US
dc.identifier.callnoBP170.85.A434 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007274en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islamen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Aktiviti Kokurikulum Dakwah Secara Dalam Talian Sekolah KPM di Putrajaya P109543.pdf
  Restricted Access
Full-text5.74 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.