Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775620
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMuhamad Faisal Ashaari, Dr.en_US
dc.contributor.authorNor Faizah Ismail (P108581)en_US
dc.date.accessioned2024-08-27T01:23:12Z-
dc.date.available2024-08-27T01:23:12Z-
dc.date.issued2023-09-13-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775620-
dc.description.abstractKewarganegaraan Digital merupakan satu panduan kepada pengguna siber supaya membudayakan sikap bertanggungjawab dan kompeten ketika berada di alam maya. Kewarganegaraan ini diperlukan untuk menangani risiko penggunaan digital dan media siber yang semakin mencabar seperti keselamatan dalam talian, penipuan, buli siber, pornografi, kesihatan mental, dan pemalsuan maklumat. Dalam persekitaran siber, pengguna tidak terikat dengan sesuatu kawasan geografi, tetapi mereka bebas bergerak tanpa sempadan. Sejajar dengan Islam sebagai agama yang mempunyai panduan dalam penggunaan media, maka bagaimanakah untuk membangunkan Kewarganegaraan Digital bagi memandu masyarakat siber menjadi pengguna yang beretika, bertanggungjawab dan mematuhi maqasid serta prinsip Islam. Oleh itu, kajian ini bertujuan membangunkan model Kewarganegaraan Digital Islam dalam penggunaan media siber dengan menggunakan pendekatan reka bentuk dan pembangunan (DDR). Pendekatan DDR dalam kajian ini melalui tiga fasa iaitu analisis keperluan, reka bentuk dan pembangunan dan penilaian kebolehgunaan model. Fasa pertama dilaksanakan untuk mengkaji keperluan membangunkan model menerusi temu bual yang melibatkan 4 orang pakar. Fasa kedua pula dilaksanakan untuk mereka bentuk dan membangunkan model berdasarkan pandangan dan kesepakatan pakar. Fasa yang kedua menggunakan kaedah Perbincangan Kumpulan Berfokus (PKB)(N=8) dan pendekatan Fuzzy Delphi (FDM)(N=12). Seterusnya, fasa ketiga dilaksanakan untuk menilai kebolehgunaan model menggunakan instrumen soal selidik pengguna (N=288). Dapatan fasa pertama menunjukkan model Kewarganegaraan Digital Islam ini perlu dan wajar dibangunkan. Dapatan daripada sub-fasa kedua mendapati semua pakar bersetuju dengan 9 elemen model dan 63 item. Untuk sub-fasa kedua pula, dapatan menunjukkan semua elemen dan item memenuhi syarat kesepakatan pakar berdasarkan nilai threshold (d), nilai defuzzification (α-cut) dan nilai peratusan persetujuan pakar. Selanjutnya, dapatan fasa ketiga menunjukkan nilai min bagi kebolehgunaan model adalah pada tahap yang tinggi. Kajian ini merumuskan bahawa terdapat keperluan dan kewajaran untuk membangunkan model Kewarganegaraan Digital Islam dalam penggunaan media siber. Persetujuan dan kesepakatan pakar menghasilkan 9 elemen dan 90 sub-elemen bagi model KDI. Penilaian instrumen menggunakan model Rasch menunjukkan instrumen bagi model KDI mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dan hasil analisis deskriptif pula menunjukkan kebolehgunaan adalah pada tahap yang baik. Model ini menyumbang kepada satu garis panduan penggunaan media siber dalam konteks yang lebih luas di Malaysia. Kajian ini memberi implikasi kepada pihak berautoriti dan penggubal dasar untuk mengkaji semula undang-undang yang sedia ada dan memperkasakan usaha mendidik pengguna media siber berdasarkan kerangka Islam.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectDigital media -- Religious aspects -- Islamen_US
dc.subjectCommunication -- Religious aspects -- Islamen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePembangunan model kewarganegaraan digital Islam dalam penggunaan media siberen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages313en_US
dc.identifier.callnoBP190.5.D54.N634 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007261en_US
dc.format.degreePh.Den_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembangunan model kewarganegaraan digital islam dalam penggunaan media siber.pdf
  Restricted Access
Full-text3.67 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.