Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775504
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Haziyah Hussin, Prof. Madya Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Muhammad Hadi Moin Abdul Latiff (P92236) | en_US |
dc.date.accessioned | 2024-08-23T07:37:03Z | - |
dc.date.available | 2024-08-23T07:37:03Z | - |
dc.date.issued | 2024-01-04 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775504 | - |
dc.description.abstract | Terjemahan al-Quran adalah satu medium bagi menyampaikan makna al-Quran kepada golongan yang tidak menguasai bahasa Arab. Oleh itu, banyak karya terjemahan alQuran dihasilkan dengan variasi pendekatan dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Malaysia. Peningkatan penerbitan terjemahan al-Quran ini memerlukan kepada kawalan dan tapisan daripada pihak berkuasa agar terjemahan tersebut sahih, tidak menyimpang daripada tafsiran ulama dan tidak mengelirukan masyarakat awam. Di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merupakan badan yang bertanggungjawab menyemak dan menilai penerbitan terjemahan al-Quran yang dihasilkan oleh penerbit. Namun masih terdapat isu-isu kesahihan dan ketepatan terjemahan al-Quran. Kajian ini bertujuan membincangkan tujuan penerbit menghasilkan pelbagai jenis terjemahan al-Quran. Kajian ini juga mengkaji prosedur atau proses penapisan terjemahan al-Quran yang dilakukan oleh JAKIM. Selain itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti isu dan cabaran dalam menjalankan prosedur penapisan terjemahan al-Quran. Data kajian ini dikumpulkan menerusi metode temu bual separa berstruktur bersama pegawai JAKIM, tiga orang ketua editor syarikat penerbit al-Quran dan tiga orang panel penyemak terjemahan al-Quran dan analisis dokumen. Kedua-dua data kajian dianalisis secara deskriptif dan tematik. Hasil kajian ini mendapati terdapat dua tujuan penerbit menghasilkan pelbagai jenis terjemahan alQuran iaitu kerana dakwah dan permintaan pasaran. Kajian ini juga menunjukkan beberapa prosedur yang dilaksanakan oleh JAKIM dalam menapis terjemahan alQuran. Pertama, melantik panel penyemak. Kedua, meminta penerbit atau pemohon berhubung terus dengan panel penyemak untuk proses penambahbaikan. Ketiga, penerbit berhubung dengan panel penyemak bagi tujuan penambahbaikan. Akhir sekali, panel penyemak mengemukakan laporan semakan akhir dan JAKIM mengeluarkan perakuan setelah berpuas hati dengan laporan tersebut. Hasil kajian ini juga mendapati beberapa isu dan cabaran yang wujud dalam pelaksanaan prosedur tapisan terjemahan al-Quran JAKIM iaitu terjemahan ayat mutasyabihat, ketidakseragaman dalam terjemahan, penggunaan kurungan bagi penjelasan tambahan, penggunaan riwayat daif dan pengabaian waqaf dan ibtida’. Manakala beberapa cabaran yang dihadapi adalah seperti tiada panduan khusus, kekangan masa, tiada pasukan khusus dalam penyemakan dan keengganan penerbit membuat pembetulan. Kajian ini dapat mendedahkan kepada khalayak mengenai proses penyemakan dan tapisan yang dijalankan oleh JAKIM serta mengemukakan beberapa cadangan ke arah penambahbaikan prosedur ini pada masa hadapan. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Qurʼan --Translating | en_US |
dc.subject | Qurʼan -- Publication and distribution | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Prosedur tapisan penerbitan terjemahan al-Quran oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia : isu dan cabaran | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.description.notes | Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah” | en_US |
dc.format.pages | 99 | en_US |
dc.identifier.callno | BP131.13.M755 2024 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 007468 | en_US |
dc.format.degree | Sarjana Pengajian Islam | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Prosedur tapisan penerbitan terjemahan al-quran oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia isu dan cabaran.pdf Restricted Access | Partial | 1.81 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.