Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775502
Title: Klasifikasi pemaknaan ikhtilaf qiraat dalam pentafsiran al-Quran kesan peletakan baris dan titik
Authors: Azah Nur Al Hidayah Zahari (P104749)
Supervisor: Mohd Faizulamri Mohd Saad, Dr.
Keywords: Qurʼan -- Readings
Qurʼanic recitations
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 15-Jan-2024
Abstract: Penelitian terhadap kaedah Rasm Uthmani dan Dabt al-Quran mendapati keduanya mempunyai hubungan yang kuat dengan ikhtilaf qiraat. Mushaf yang diletakkan baris dan titik menyebabkan ia tertumpu kepada riwayat berkaitan sahaja, manakala baki riwayat-riwayat lain tidak boleh dibaca. Setelah peletakan baris dan titik dengan Riwayat Hafs an Asim, terdapat kalimah-kalimah al-Quran yang mempunyai lebih daripada satu ikhtilaf qiraat tidak dapat dibaca melalui mushaf tersebut. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji klasifikasi pemaknaan terhadap ikhtilaf qiraat setelah mushaf ditanda baris dan titik mengikut riwayat Hafs an Asim. Kajian merupakan kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk analisis dokumen. Pengumpulan data melibatkan buku-buku berkaitan rasm, dabt, qiraat dan tafsir. Proses analisis data pula dilaksanakan dengan mengumpul data-data berkaitan, dianalisis menggunakan kaedah analisis dokumen dan diklasifikasikan menggunakan kaedah tematik. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan metode induktif. Ikhtilaf qiraat kesan peletakan baris dan titik dikumpul berdasarkan konsep periwayatan qiraat oleh Muhammmad Habsh. Kemudian, ikhtilaf tersebut dianalisis pemaknaannya dan diklasifikasikan kepada tematema bersesuaian. Analisis daripada kesemua ikhtilaf menghasilkan empat tema utama iaitu ikhtilaf yang membawa kepada perbezaan makna dan meluaskan konteks makna ayat. Ia mengandungi empat ikhtilaf disebabkan baris dan tujuh ikhtilaf disebabkan titik. Kedua, ikhtilaf yang membawa kepada perbezaan makna dan menjelaskan lagi makna ayat. Ia mengandungi dua ikhtilaf disebabkan baris dan tiga ikhtilaf disebabkan titik. Ketiga, ikhtilaf yang menunjukkan kepelbagaian uslub dan tidak membawa kepada perbezaan makna. Ia mengandungi satu ikhtilaf disebabkan titik. Keempat, ikhtilaf yang menunjukkan kepelbagaian uslub dan membawa kepada perbezaan makna. Ia mengandungi sepuluh ikhtilaf disebabkan baris dan lapan ikhtilaf disebabkan titik. Berdasarkan hasil kajian ini, ia dapat memberi implikasi terhadap institusi-institusi yang menawarkan kursus-kursus berkaitan dalam pembentukan silibus pengajian rasm, dabt al-Quran dan qiraat dengan perbahasan yang lebih mendalam. Selain itu, kajian ini turut memberi pengetahuan baharu tentang perbezaan makna ayat yang dikeluarkan dengan riwayat Hafs dan makna yang dikeluarkan dengan qiraat lain serta membantu umat Islam memahami isi kandungan al-Quran dengan lebih terperinci.
Notes: Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah”
Pages: 135
Call Number: BP131.5.A983 2024 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Klasifikasi pemaknaan ikhtilaf qiraat dalam pentafsiran al-quran kesan peletakan baris dan titik.pdf
  Restricted Access
Partial975.36 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.