Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775495
Title: Penerimaan guru bahasa Arab terhadap teknologi realiti terimbuh dalam pengajaran bahasa Arab
Authors: Nor Fatini Aqilah Mohamad Soad (P114216)
Supervisor: Lily Hanefarezan Asbulah, Dr.
Keywords: Augmented reality in education
Arabic language -- Computer programs
Arabic teachers -- Malaysia
Arabic language -- Study and teaching -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 21-Nov-2023
Abstract: Revolusi Industri 4.0 memberi pengaruh besar terhadap dunia pendidikan bahasa Arab. Namun begitu, terdapat isu yang wujud dalam pengajaran bahasa Arab iaitu guru kurang mementingkan penggunaan teknologi dalam pengajaran. Justeru, kehadiran Revolusi Industri menekankan pengaplikasian baru seperti teknologi realiti terimbuh untuk menambah baik kaedah pengajaran. Teknologi realiti terimbuh merupakan teknologi yang menggabungkan objek di dunia sebenar dan objek yang dijana oleh komputer. Teknologi ini telah diguna pakai secara meluas dalam pelbagai bidang khususnya dalam dunia pendidikan. Di barat, teknologi ini telah diaplikasikan dalam pelbagai bahasa asing seperti bahasa Inggeris, Cina, Sepanyol, Perancis dan Ukrain. Namun, dalam konteks pembelajaran bahasa Arab di Malaysia, penerimaan terhadap teknologi realiti terimbuh ini masih kurang dititikberatkan terutamanya dalam kalangan guru sekolah rendah. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap jangkaan kebergunaan teknologi, jangkaan mudah guna teknologi, sikap guru dan hasrat perlakuan guru untuk menggunakan teknologi realiti terimbuh dalam pengajaran bahasa Arab. Selain itu, kajian akan menganalisis hubungan antara jangkaan kebergunaan teknologi, jangkaan mudah guna teknologi, sikap guru dan hasrat perlakuan guru untuk menggunakan teknologi realiti terimbuh dalam pengajaran bahasa Arab. Kajian ini juga bertujuan menguji kekuatan sikap sebagai faktor perantara (mediator) terhadap hubungan jangkaan kebergunaan dan jangkaan mudah guna teknologi dengan hasrat perlakuan guru untuk menggunakan teknologi realiti terimbuh dalam pengajaran bahasa Arab. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kaedah kuantitatif. Seramai 314 orang guru bahasa Arab telah dipilih secara rawak strata dari pelbagai daerah di negeri Selangor. Data daripada borang soal selidik telah dianalisis menggunakan Statistical Package for The Social Science (SPSS) for window (version 25.0) dan SmartPLS 4. Hasil kajian mendapati tahap penerimaan guru bahasa Arab terhadap teknologi realiti terimbuh di negeri Selangor berada pada tahap yang sederhana. Dapatan keseluruhan kajian ini menggambarkan majoriti guru bahasa Arab memberi maklum balas yang positif untuk mengaplikasikan teknologi realiti terimbuh dalam bilik darjah. Guru-guru bahasa Arab juga berhasrat untuk melakukan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran selari dengan teknologi Revolusi Industri 4.0 namun memerlukan bimbingan rapat para guru yang mahir dengan teknologi baru ini. Kajian ini berupaya memberikan impak kepada guru-guru dalam memperkaya kaedah pengajaran menggunakan teknologi serta dapat meningkatkan kualiti pengajaran agar guru lebih peka dengan keperluan dan minat murid terhadap pembelajaran bahasa Arab. Cadangan kajian agar kementerian meningkatkan lagi program atau kursus yang boleh memberi manfaat kepada guru bahasa Arab dalam meningkatkan ilmu yang berkaitan penggunaan teknologi realiti terimbuh dalam pengajaran bahasa Arab di sekolah rendah.
Pages: 228
Call Number: QA76.9.A94N634 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Penerimaan guru Bahasa Arab terhadap teknologi realiti terimbuh dalam pengajaran Bahasa Arab.pdf
  Restricted Access
Full-text6.55 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.