Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775494
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd. Zamro Muda, Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Nor Amira Abd Shakor (P109297) | en_US |
dc.date.accessioned | 2024-08-23T07:15:49Z | - |
dc.date.available | 2024-08-23T07:15:49Z | - |
dc.date.issued | 2023-12-13 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775494 | - |
dc.description.abstract | Pengurusan harta al-mafqūd dari aspek perundangan tidak membenarkan untuk harta ini digunakan, dijual atau ditadbir selagi mana seseorang itu belum disahkan meninggal dunia menerusi Perintah Anggapan Kematian oleh pihak Mahkamah selepas tempoh tujuh tahun penantian. Hal ini kerana, harta al-mafqūd dianggap sebagai harta orang yang masih hidup dan memerlukan kepada keizinan pemiliknya untuk harta itu ditasarrufkan sepanjang tempoh penantian. Sehingga hari ini, tiada peruntukan khusus mengenai pengurusan harta al-mafqūd berikutan isu ini dilihat sebagai suatu kes yang agak terpencil di Malaysia. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis pandangan ulama berkaitan pengurusan harta orang hilang (al-mafqūd) dan mengkaji peruntukan perundangan di Malaysia mengenai pengurusan harta orang hilang (al-mafqūd). Seterusnya, kajian ini juga mengenal pasti cara penentuan pentadbir harta orang hilang (al-mafqūd) dan bentuk pengurusannya berdasarkan perundangan di Malaysia. Reka bentuk kajian adalah kualitatif, manakala pengumpulan data melalui analisis dokumen yang terdiri daripada sumber-sumber primer dan sekunder serta temu bual separa struktur. Seramai lima orang informan yang terdiri daripada Pegawai di Bahagian Pusaka Kecil JKPTG, Mahkamah Syariah, Mahkamah Sivil, Amanah Raya Berhad (ARB) dan Baitulmal ditemu bual. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan pendekatan deskriptif dan induktif. Hasil kajian mendapati bahawa ulama menggariskan panduan yang terperinci dalam menentukan pentadbir harta al-mafqūd dan bentuk pengurusannya. Walaupun terdapat kekangan undang-undang dalam merealisasikannya, namun peruntukan sedia ada masih boleh dipinda atau ditambah klausa tertentu khusus berkaitan harta al-mafqūd. Hasil kajian ini mengemukakan cara untuk menentukan pentadbir harta al-mafqūd dan bentuk pengurusannya sebagai panduan kepada ahli waris al-mafqūd dan institusi yang terlibat secara langsung seperti Amanah Raya Berhad (ARB) dan Baitulmal. Selain itu, pihak kerajaan juga perlu memperkasakan peranan ARB dengan memberikan mandat dan kuasa sebagai pentadbir harta al-mafqūd serta menjadi pusat rujukan utama masyarakat berkenaan almafqūd. Manakala Baitulmal pula perlu disemak semula peruntukan sedia ada bagi memastikan manfaat harta al-mafqūd dapat digunakan kepada orang-orang Islam di Malaysia. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Inheritance and succession (Islamic law) -- Malaysia | en_US |
dc.subject | Inheritance and succession -- Malaysia | en_US |
dc.subject | Missing persons (Islamic law) -- Malaysia | en_US |
dc.subject | Missing persons -- Malaysia | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Penentuan pentadbir harta orang hilang (al-mafqud) dan pengurusannya menurut syarak dan perundangan di Malaysia | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 229 | en_US |
dc.identifier.callno | BP158.I45N668 2023 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 00229 | en_US |
dc.format.degree | Sarjana Pengajian Islam | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Penentuan pentadbir harta orang hilang )Al-Mafqud) dan pengurusannya menurut syarak dan perundangan di Malaysia.pdf Restricted Access | Full-text | 5.77 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.