Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775272
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRuzita Abd Talib, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorMohd Izwan bin Mahmud, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorAmirah Ismail, Dr.en_US
dc.contributor.authorNorhasniza Yaacob (P100226)en_US
dc.date.accessioned2024-08-08T08:07:41Z-
dc.date.available2024-08-08T08:07:41Z-
dc.date.issued2024-06-15-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775272-
dc.description.abstractPrevalens obesiti dalam kalangan kanak-kanak menunjukkan peningkatan yang berterusan di peringkat global termasuk Malaysia. Obesiti memberi kesan kepada risiko penyakit dan psikososial kanak-kanak. Memperkasakan komuniti sekolah iaitu guru, ibu bapa dan pengusaha kantin melalui penyampaian pengetahuan dan amalan gaya hidup sihat dengan cara mudah dan praktikal adalah salah satu strategi untuk mempengaruhi perubahan tingkah laku berkaitan obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Kajian ini telah membangunkan modul pendidikan pemakanan berasaskan web yang dinamakan CoPT Nutri Trail untuk kegunaan guru, ibu bapa dan pengusaha kantin dalam intervensi obesiti di sekolah. Kajian ini melibatkan kaedah penyelidikan reka bentuk dan pembangunan (Design and Development Research, DDR) yang mempunyai tiga fasa utama dengan integrasi teori mengikut fasa. Fasa 1 iaitu analisis keperluan menggunakan reka bentuk kajian kes tunggal menggunakan rangka kerja promosi kesihatan sekolah (RPKS) dengan kaedah pengumpulan data jenis temu bual kepada pegawai pemakanan dan guru (N=6), analisis dokumen (N=12) dan soal selidik dalam kalangan komuniti sekolah (N=121). Fasa 2 adalah reka bentuk dan pembangunan modul dalam bentuk sistem pengurusan maklumat pengguna menggunakan dimensi web dan model penerimaan teknologi serta melibatkan pengujian kepada pakar (N=13) dan pengguna (N=45). Fasa 3 adalah fasa penilaian menggunakan kajian eksperimen kuasi melibatkan subjek kanak-kanak berlebihan berat badan dan obes bersama ibu bapa terdiri daripada kumpulan intervensi (n=29) dan kawalan (n=28). Intervensi CoPT Nutri Trail dijalankan selama 12 minggu dan hasil diukur sebelum (P1) dan selepas intervensi (P2). Hasil kajian Fasa 1 berjaya mengenal pasti komponen pembangunan modul. Hasil Fasa 2 berjaya membangunan modul memenuhi aspek kebolehgunaan oleh pakar dari segi struktur, navigasi, pautan dan kandungan iaitu skor alpha menunjukkan nilai dalam kategori baik dan sangat baik dan indeks kesahan kandungan, CVI juga dalam kategori baik. Nilai min skor yang tinggi turut diperoleh dalam kalangan pengguna bagi elemen tanggapan kebergunaan, mudah guna, sikap dan niat untuk kegunaan modul ini dalam intervensi obesiti. Hasil kajian keberkesanan pada fasa 3 menggunakan ujian ANOVA dua hala tercampur menunjukkan terdapat perbezaan signifikan (p<0.05) bagi penurunan status adipositi kanak-kanak iaitu skor-z IJT untuk umur, peratus lemak tubuh dan ukur lilit pinggang, peningkatan tahap aktiviti fizikal intensiti sederhana ke tinggi, dan pengurangan tempoh masa skrin, pengambilan air kosong dan pengurangan makanan tidak sihat bagi subjek kanak-kanak dalam kumpulan intervensi berbanding kawalan sebelum dan selepas intervensi (p<0.05). Namun tiada kesan signifikan (p>0.05) bagi peningkatan pengambilan sayur dan buah, pengurangan minuman manis, dan perubahan indeks psikososial. Kesimpulannya, CoPT Nutri Trail yang dibangunkan merupakan modul pendidikan berkesan berasaskan web dan boleh digunakan sebagai satu strategi bagi mengubah tingkah laku berkaitan obesiti terutamanya dari segi peningkatan aktiviti fizikal sederhana ke tinggi, pengurangan tempoh masa skrin, pengambilan air kosong dan pengurangan makanan tidak sihat dalam kalangan kanak-kanak. CoPT Nutri Trail berasaskan web lebih praktikal sebagai satu strategi alternatif kepada kaedah konvensional bersemuka dan berpotensi digunakan bagi menangani masalah beban malpemakanan berganda di Malaysia.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectPediatric Obesityen_US
dc.subjectChild Healthen_US
dc.subjectChild Nutrition Disordersen_US
dc.subjectMalnutritionen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePembangunan dan keberkesanan modul pendidikan pemakanan berasaskan web: CoPT nutri trail dalam intervensi obesiti kanak-kanak sekolah rendahen_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notese-tesisen_US
dc.format.pages430en_US
dc.format.degreeIjazah Doktor Falsafahen_US
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembangunan dan keberkesanan modul.pdf
  Restricted Access
Full-text8.02 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.