Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775271
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorDayang Fredalina Haji Basri, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorNor Fadilah Rajab, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorSaiful Anuar Karsani, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.authorSiti Fairuz Ishak (P93303)en_US
dc.date.accessioned2024-08-08T08:00:18Z-
dc.date.available2024-08-08T08:00:18Z-
dc.date.issued2024-05-13-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775271-
dc.description.abstractKanser kolorektal adalah kanser malignan yang paling lazim ditemui di negara membangun. Di Malaysia, kanser kolorektal adalah kanser kedua paling biasa bagi kedua-dua jantina. Canarium odontophyllum, juga dikenali sebagai 'dabai' atau 'Borneo olive' adalah antara tumbuhan tempatan yang berpotensi untuk digunakan sebagai agen anti-kanser. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menyelidik mekanisma apoptotik yang disebabkan oleh ekstrak aseton daripada kulit kayu Canarium odontophyllum (dabai) terhadap sel selanjar kanser kolorektal HCT 116 dan HT 29 sebagai 2 sel sasaran dan sel selanjar kolon CCD-18Co (sel bukan sasaran) yang digunakan dalam kajian ini. Konstituen aktif daripada ekstrak aseton dikenalpasti menggunakan kromatografi gasspektrometri jisim (GC-MS). Ujian MTT digunakan bagi menentukan nilai IC₅₀ ekstrak terhadap kesemua sel selanjar pada kepekatan antara 12.5 μg/ml hingga 200 μg/ml selama 72 jam. Sel selanjar yang menunjukkan tahap sensitiviti tertinggi terhadap ekstrak dipilih untuk diuji pada peringkat selular menggunakan asai laktat dehidrogenase (LDH), asai sitometri aliran kitaran sel dan protokol apoptosis annexin V-FITC/PI untuk mengukur enzim LDH, mengenalpasti gangguan kitaran sel dan mod kematian sel masing-masing. Ujian potensi membran mitokondria (PMM) menggunakan tetrametilrodamin etil ester (TMRE) dan ujian kaspase digunakan untuk menentukan tapak jalan apoptosis. Alfa-amirin dan beta-amirin ialah triterpenoid yang dikesan daripada ekstrak aseton daripada kulit kayu C. odontophyllum yang mungkin menyumbang kepada kesan apoptosis terhadap sel HCT 116. Nilai IC₅₀ yang paling rendah ditunjukkan oleh sel selanjar HCT 116 pada 48 jam masa rawatan iaitu 61.24 ± 0.1 μg/ml berbanding sel selanjar HT 29 yang melebihi kepekatan 200 μg/ml pada 24, 48 dan 72 jam. Tiada kesan sitotoksik pada sel CCD-18Co selepas 72 jam rawatan. Pelepasan enzim LDH menunjukkan peningkatan yang signifikan (p < 0.05) bermula pada jam ke-2 iaitu sebanyak 8 % pada kepekatan IC₅₀ ekstrak aseton. Ekstrak aseton daripada kulit kayu Canarium odontophyllum menghalang kitaran sel pada fasa G1 dan mengaruh apoptosis dalam sel selanjar kanser kolorektal HCT 116. Sementara itu, hasil ujian daripada asai PMM juga menunjukkan peningkatan populasi sel HCT 116 yang kehilangan PMM pada jam ke-2 dengan nilai populasi sel adalah sebanyak 44 %. Tapak jalan apoptosis yang diaktifkan bagi ekstrak aseton daripada kulit kayu Canarium odontophyllum terhadap sel HCT 116 adalah melalui laluan intrinsik dengan penglibatan mitokondria dan pengaktifan aktiviti kaspase -9 dan -3/7. Kesimpulannya, ekstrak aseton daripada kulit kayu Canarium odontophyllum berpotensi dibangunkan sebagai agen anti-kanser bagi kanser kolorektal HCT 116.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectColorectal Neoplasmsen_US
dc.subjectPlants, Medicinalen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleMekanisma molekul apoptosis aruhan ekstrak aseton daripada kulit kayu canarium odontophyllum (Dabai) terhadap sel selanjar kanser kolorektalen_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notese-tesisen_US
dc.format.pages192en_US
dc.format.degreeIjazah Doktor Falsafahen_US
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Mekanisma molekul apoptosis aruhan ekstrak aseton daripada.pdf
  Restricted Access
Full-text5.25 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.