Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774749
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNor Aini Jamil @ A.Wahab, Dr.en_US
dc.contributor.advisorArimi Fitri Mat Ludin, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorSameeha Mohd Jamil, Dr.en_US
dc.contributor.advisorZahara Abdul Manaf, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorNurul Nadiah Shahudin (P97542)en_US
dc.date.accessioned2024-07-04T09:21:04Z-
dc.date.available2024-07-04T09:21:04Z-
dc.date.issued2024-03-19-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774749-
dc.description.abstractStatus vitamin D dijangkakan terjejas sewaktu pandemik COVID-19 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang boleh menghalang pendedahan cahaya matahari yang mencukupi. Projek penyelidikan ini bertujuan untuk mengenalpasti status vitamin D dan faktor yang mempengaruhinya dalam kalangan pekerja Melayu wanita dalam bangunan di UKM Kampus Kuala Lumpur sebelum (Fasa I dan II) dan semasa pandemik COVID-19 (Fasa III). Kajian inimelibatkan pengukuran antropometri, warna kulit, peratusan lemak badan, pendedahan kepada cahaya matahari, pengambilan makanan yang mengandungi vitamin D, aktiviti fizikal, tahap pengetahuan, sikap dan amalan (KAP) terhadap vitamin D dan pengambilan darah bagi penentuan serum 25- hidroksivitamin D (25(OH)D). Seramai 147 orang peserta telah menyertai kajian Fasa I ini yang dijalankan pada bulan Mac–Mei 2019. Hasil kajian mendapati majoriti daripada peserta (90.5%) mempunyai status ketidakcukupan vitamin D (25(OH)D < 50 nmol/L) dengan nilai median 34.1 nmol/L. Indeks jisim tubuh (IJT) (rₛ=0.22), pendedahan cahaya matahari (rₛ=0.30), pengambilan makanan mengandungi vitamin D (rₛ=0.27), ukur lilit pinggang (rₛ=0.30), peratus lemak tubuh (rₛ=0.24) dan aktiviti fizikal (rₛ=0.18) mempunyai korelasi yang positif dengan serum 25(OH)D sebelum pandemik. Peserta kajian juga didapati mempunyai tahap pengetahuan (70%) dan sikap (72%) yang sederhana terhadap vitamin D, dan skor amalan yang rendah (58%). Analisa regresi linear berganda mendapati bagi setiap kenaikan 1 unit indeks pendedahan cahaya matahari, serum 25(OH)D akan meningkat sebanyak 2.74 nmol/L. Manakala bagi setiap kenaikan 1μg pengambilan makanan mengandungi vitamin D, bacaan serum 25(OH)D akan meningkat sebanyak 0.25 nmol/L. Seterusnya, sewaktu Fasa II, sesi perbincangan kumpulan berfokus (FGD) dalam kalangan 25 orang peserta yang mempunyai status ketidakcukupan vitamin D (25(OH)D< 50 nmol/L) telah dilakukan untuk mengenalpasti faktor halangan terhadap pendedahan cahaya matahari. Kurang pengetahuan mengenai vitamin D, kebimbangan terhadap risiko pendedahan cahaya matahari, kekangan masa, faktor kecantikan dan gaya hidup tidak aktif merupakan faktor halangan dalaman. Manakala faktor halangan luaran termasuklah pekerjaan dalam bangunan, faktor cuaca, kurang sokongan sosial, jenis tempat tinggal, kebimbangan terhadap keselamatan, serta amalan budaya dan agama. Kajian Fasa III telah dijalankan sewaktu pandemik (Ogos–September 2021) dengan penyertaan seramai 105 orang peserta. Pengukuran semula seperti Fasa I telah dijalankan dan majoriti (89.5%) daripada peserta kajian masih mengalami ketidakcukupan vitamin D (median serum 25(OH)D = 41.8 nmol/L). Pendedahan cahaya matahari (rₛ=0.26), pengambilan makanan mengandungi vitamin D (rₛ=0.26) dan peratus lemak tubuh (rₛ=0.22) mempunyai korelasi positif dengan serum 25(OH)D semasa pandemik. Analisa regresi linear berganda mendapati bagi setiap kenaikan 1μg pengambilan makanan mengandungi vitamin D, bacaan serum 25(OH)D akan meningkat sebanyak 0.25 nmol/L. Perbandingan median bacaan sebelum dan sewaktu pandemik mendapati terdapat peningkatan dalam bacaan serum 25(OH)D (+6.6 nmol/L), peratus lemak tubuh (+2.1%) dan pengambilan suplemen vitamin D (+2 μg/hari). Manakala pendedahan cahaya matahari didapati menurun (-0.43 SEI) semasa pandemik. Kesimpulannya, majoriti pekerja Melayu wanita di dalam bangunan mengalami kekurangan vitamin D sebelum dan sewaktu pandemik. Walaupun terdapat peningkatan pada bacaan serum 25(OH)D sewaktu pandemik, median serum 25(OH)D yang masih tidak mencukupi mencerminkan amalan sedia ada masih tidak memadai dan perlu diperbaiki.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectVitamin Den_US
dc.subjectDietary Intakeen_US
dc.subjectPhysical Activityen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKesan pandemik Covid-19 terhadap status vitamin D dalam kalangan pekerja wanita melayu dalam bangunan di Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpuren_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages245en_US
dc.format.degreeIjazah Doktor Falsafahen_US
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kesan pandemik Covid-19 terhadap status vitamin D dalam.pdf
  Restricted Access
Full-text149.42 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.