Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774717
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSumithira Narayanasamy, Dr.en_US
dc.contributor.advisorSaadah Mohamed Akhir, Dr.en_US
dc.contributor.authorShazrina Ariffin (P106165)en_US
dc.date.accessioned2024-07-03T02:07:08Z-
dc.date.available2024-07-03T02:07:08Z-
dc.date.issued2022-09-22-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774717-
dc.description.abstractPada masa kini, saringan penglihatan kanak-kanak di Malaysia dijalankan oleh pegawai perubatan, optometris dan jururawat terlatih. Namun begitu, saringan ini tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh disebabkan oleh kekangan masa, kakitangan dan pengetahuan. Masalah ini boleh diatasi dengan melibatkan guru-guru dalam proses menjalankan saringan penglihatan. Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan satu soal selidik pengetahuan, sikap dan tindakan berkenaan saringan penglihatan (KAPVST) terhadap guru-guru prasekolah serta mengenalpasti skor tahap pengetahuan, sikap dan tindakan (KAP) dan faktor-faktor sosiodemografi yang mempengaruhinya. Soal selidik (KAP-VST) yang telah dibangunkan ini terdiri daripada 42 item pengetahuan, 12 item sikap dan 14 item tindakan serta mempunyai nilai kesahan kandungan (I-CVI= 0.8-1.0) dan kebolehpercayaan yang memuaskan ([Pengetahuan: KR20=0.93, ICC=0.828], [Sikap: Cronbach’s alpha=0.758, ICC=0.676], [Tindakan: Cronbach’s alpha=0.856, ICC=0.521]). Seramai 1442 guru-guru prasekolah telah menjawab soal selidik yang diedarkan secara atas talian. Hasil kajian menunjukkan majoriti guru prasekolah mempunyai skor tinggi bagi domain pengetahuan (57.6%), skor sederhana bagi domain sikap (67.8%) dan tindakan (49.4%). Faktor utama yang mempengaruhi tahap pengetahuan ialah guru yang mempunyai penyakit/masalah mata [AOR= 1.716 (95% CI, 1.088, 2.705)], terlibat dalam latihan saringan penglihatan [AOR= 1.588 (95% CI, 1.111, 2.270)] dan bertugas di prasekolah yang menjalankan saringan penglihatan [AOR= 1.799 (95% CI, 1.283, 2.523)]. Tahap sikap pula dipengaruhi oleh faktor peningkatan umur guru [AOR= 0.968 (95% CI, 0.942, 0.995). Manakala, faktor-faktor yang mempengaruhi tahap tindakan ialah guru-guru yang bertugas di prasekolah awam [AOR= 0.460 (95% CI, 0.269, 0.785)], ahli keluarga yang merupakan pemakai kaca mata atau kanta lekap [AOR= 0.689 (95% CI, 0.529, 0.898)] dan guru yang bertugas di prasekolah yang menjalankan saringan penglihatan [AOR= 2.425 (95% CI,1.775 to 3.314)]. Hasil kajian ini mendapati latihan saringan penglihatan dan pendedahan kepada pelaksanaan saringan penglihatan dapat meningkatkan kesedaran para guru terhadap saringan penglihatan kanak-kanak. Hal ini dapat menambahbaik mutu perkhidmatan kesihatan penglihatan di Malaysia.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectVision Screeningen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePembangunan dan pelaksanaan soal selidik pengetahuan, sikap dan tindakan saringan penglihatan dalam kalangan guru-guru prasekolah di Malaysia (KAP-VST)en_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages206en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Sains Kesihatanen_US
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembangunan dan pelaksanaan soal selidik pengetahuan, sikap dan tindakan saringan.pdf
  Restricted Access
Full-text5.28 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.