Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774699
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Sri Pawita Albakri Amir Hamzah, Dr. | en_US |
dc.contributor.advisor | Salina Hisham, Dr. | en_US |
dc.contributor.advisor | Mohamad Azaini Ibrahim, Dr. | en_US |
dc.contributor.advisor | Mohamad Helmee Mohamad Noor, Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Saziana Saad (P112623) | en_US |
dc.date.accessioned | 2024-07-03T00:14:15Z | - |
dc.date.available | 2024-07-03T00:14:15Z | - |
dc.date.issued | 2024-02-26 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774699 | - |
dc.description.abstract | Di Malaysia, hasil kajian berkenaan penentuan jantina menggunakan tulang rangka kekal manusia masih lagi terhad. Hasil dari kajian sorotan bahan yang telah dijalankan, didapati sehingga tahun 2023, masih kurang kajian berkaitan penentuan jantina manusia dalam populasi Malaysia telah diterbitkan oleh penerbitan jurnal. Pada masa kini, Pakar Antropologi Forensik menggunapakai formula penentuan jantina berdasarkan formula dari populasi negara luar kerana ketiadaan formula penentuan jantina menggunakan rangka kekal yang spesifik berdasarkan populasi Malaysia. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah bagi menentukan dimorfisme seksual dari tulang femur dan humerus dalam populasi Malaysia. Secara spesifiknya, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji perbezaan penentuan jantina menggunakan tulang femur dan humerus bagi kaum, dan jantina yang berbeza, sekaligus menghasilkan formula penentuan jantina berdasarkan tulang femur dan humerus, yang spesifik bagi populasi Malaysia. Kajian ini melibatkan pengumpulan data dari imej imbasan CT bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat yang di bawa ke Institut Perubatan Forensik Negara HKL dari tahun 2015 sehingga tahun 2023. Data kajian melibatkan ukuran yang diambil dari imej tulang femur dan humerus mengikut parameter yang telah ditetapkan. Hasil analisa statistik yang dijalankan ke atas semua parameter kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan statistik yang signifikan bagi kesemua parameter bagi jantina yang berbeza. Hasil analisa statistik juga mendapati bahawa, tiada perbezaan statistik yang signifikan bagi kaum yang berbeza. Oleh yang demikian, disimpulkan bahawa tulang femur dan humerus memberikan perbezaan signifikan terhadap jantina yang berbeza tetapi tidak kepada kaum. Hasil dari kajian ini, lima formula penentuan jantina menggunakan tulang femur dan humerus dari populasi Malaysia berjaya dihasilkan. Kajian ini bakal menambahkan ilmu baru dalam bidang antropologi forensik di Malaysia dengan terhasilnya formula penentuan jantina berdasarkan tulang femur dan humerus dari PMCT, yang khusus bagi populasi Malaysia. Hasil kajian ini juga dapat menjadi pemangkin kepada perkembangan kajian dalam bidang antropologi forensik di Malaysia. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | en_US |
dc.relation | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Anthropology, Forensic | en_US |
dc.subject | Sex Characteristics | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Penentuan jantina manusia menggunakan tulang femur dan humerus dari PMCT: kajian dalam populasi Malaysia (IPFN HKL) | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 123 | en_US |
dc.format.degree | Ijazah Sarjana Sains Kesihatan | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Penentuan jantina manusia menggunakan tulang femur dan humerus dari PMCT kajian dalam populasi Malaysia.pdf Restricted Access | Full-text | 1.63 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.