Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774697
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorPoh, Bee Koon, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorKoh, Denise Choon Lian, Dr.en_US
dc.contributor.advisorWong, Jyh Eiin, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorChristine Joan (P99920)en_US
dc.date.accessioned2024-07-02T23:35:05Z-
dc.date.available2024-07-02T23:35:05Z-
dc.date.issued2023-03-27-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774697-
dc.description.abstractPematuhan terhadap saranan tingkah laku pergerakan 24-jam (TP24-j) dapat memberikan pelbagai faedah kesihatan khususnya bagi kanak-kanak kecil. Kajian ini bertujuan untuk menentukan pematuhan saranan TP24-j dan faktor yang berkaitan dengannya dalam kalangan kanak-kanak prasekolah di Semenanjung Malaysia. Kajian hirisan lintang ini merupakan sebahagian daripada kajian South East Asian Nutrition Surveys II (SEANUTS II) yang melibatkan 972 kanak-kanak berumur 3–6 tahun di empat buah zon yang merangkumi empat kawasan bandar dan empat kawasan luar bandar di Semenanjung Malaysia. Borang soal selidik berkaitan dengan demografi, sosioekonomi, aktiviti fizikal (AF), tingkah laku sedentari (TS), tidur, dan perkembangan kemahiran motor kasar dilaporkan oleh ibu bapa manakala pengukuran objektif untuk tahap AF dan tidur menggunakan accelerometer GENEActiv dalam kalangan subsampel (n = 208) bagi perbandingan pelaporan ibu bapa dan accelerometer. Saranan TP24-j adalah berdasarkan garis panduan TP24-j WHO (2019) bagi kanak-kanak berumur 3–4 tahun, manakala saranan bagi kanak-kanak ≥5 tahun adalah berdasarkan garis panduan TP24-j Kanada untuk kanak-kanak berumur 5–17 tahun. Nilai Z-skor untuk indeks jisim tubuh-untuk-umur (BAZ) ditentukan menggunakan piawai pertumbuhan dan rujukan pertumbuhan WHO. Seramai 496 (51.0%) kanak-kanak lelaki dan 476 (49.0%) perempuan (min umur 5.1 ± 1.0 tahun) terlibat dalam kajian ini. Majoriti kanak-kanak adalah berbangsa Melayu (60.2%), diikuti dengan Cina (29.9%), India (7.4%), dan lain-lain (2.5%). Kebanyakan kanakkanak mempunyai berat badan normal (79.8%), diikuti dengan berisiko berlebihan berat badan (7.6%), berlebihan berat badan/ obes (7.5%), dan kurus (5.0%). Majoriti kanakkanak mempunyai perkembangan kemahiran motor kasar yang normal (78.7%). Hanya 13.1% kanak-kanak (12.5% lelaki, 13.7% perempuan) dilaporkan mematuhi saranan TP24-j dengan peratusan yang tinggi untuk pematuhan saranan AF (63.0%) diikuti dengan TS (52.3%), dan tidur (51.0%). Sebanyak 6.6% dilaporkan tidak mematuhi mana-mana saranan. Berdasarkan ujian regresi logistik binari, terdapat perkaitan yang signifikan antara umur, bangsa, jumlah pendapatan isi rumah bulanan, dan had masa skrin harian dengan pematuhan saranan TP24-j. Kanak-kanak berumur 5–6 tahun adalah 2.1 kali lebih tinggi ods untuk mematuhi saranan TP24-j berbanding kanakkanak 3–4 tahun (OR 2.13 95%CI 1.39, 3.25). Kanak-kanak berbangsa Cina mempunyai ods yang rendah berbanding kanak-kanak Melayu untuk mematuhi keseluruhan saranan (OR 0.58 95%CI 0.36, 0.94) begitu juga dengan kanak-kanak daripada kategori pendapatan isi rumah yang tinggi (T20) berbanding kanak-kanak daripada isi rumah berpendapatan rendah (OR 0.34 95%CI 0.12, 0.94) untuk mencapai saranan TP24-j. Kanak-kanak yang dihadkan masa skrin harian adalah cenderung mematuhi saranan berbanding mereka yang tiada had masa skrin (OR 1.60 95%CI 1.02, 2.52). Kesimpulannya, majoriti kanak-kanak prasekolah di Semenanjung Malaysia tidak mematuhi keseluruhan saranan TP24-j dan rendah pematuhan untuk saranan TS dan tidur. Faktor yang berhubung kait dengan pematuhan saranan adalah umur, bangsa, jumlah pendapatan bulanan isi rumah, dan had masa skrin harian dalam kajian ini. Program intervensi dan kesedaran kesihatan perlu diberi penekanan khas kepada kanakkanak bawah lima tahun, golongan etnik minoriti, dan keluarga berpendapatan tinggi. Kajian lanjutan dicadangkan untuk meneroka faktor dan indikator kesihatan yang lain dengan pematuhan saranan TP24-j.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectNutritionen_US
dc.subjectChilden_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePematuhan saranan tingkah laku pergerakan 24-jam dan faktor yang berkaitan dalam kalangan kanak-kanak prasekolah di Semenanjung Malaysiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages194en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Sains Kesihatan (Pemakanan)en_US
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pematuhan saranan tingkah laku pergerakan 24-jam dan faktor yang berkaitan dalam kalangan kanak-kanak prasekolah di Semenanjung.pdf
  Restricted Access
Partial5.75 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.