Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773972
Title: | Hubungan kepercayaan penyakit, perawatan dan penjagaan kendiri dengan kualiti hidup dalam kalangan pesakit kegagalan jantung : permodelan persamaan struktural (SEM) |
Authors: | Wan Marina Wan Ismail (P78640) |
Supervisor: | Sharifa Ezat Wan Puteh, Prof. Dr. Mohd. Suhaimi Mohamad, Dr. Idayu Badilla Idris, Dr. |
Keywords: | Heart Failure Quality of Life Dissertations, Academic -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 20-May-2021 |
Abstract: | Malaysia seperti negara membangun yang lain, menunjukkan penyakit kegagalan jantung adalah penyebab utama kemasukan hospital di Malaysia. Dapatan kajian ini mempunyai implikasi penting untuk mengetahui kualiti hidup serta faktor penyebab dan rawatan pencegahan kegagalan jantung dalam menentukan strategi bagi perkhidmatan kesihatan khususnya . Kajian ini mengkaji hubungan diantara kepercayaan penyakit, kepercayaan perawatan, penjagaan kendiri dan kualiti hidup dikalangan pesakit kegagalan jantung dan dalam masa yang sama merungkai penjagaan kendiri sebagai pengantara kepada kepercayaan penyakit dan kepercayaan perawatan terhadap kualiti hidup. Kajian ini juga ingin mengenal pasti beberapa faktor yang mempengaruhi penjagaan kendiri terhadap kualiti hidup mereka. Kajian deskriptif, non experimental cross sectional survey digunakan dalam kajian ini di empat buah hospital di Selangor dan Pahang. Persampelan secara purposif dan sistematik dengan N=363 walaubagaimanapun 15 orang pesakit tidak memenuhi syarat kajian , maka jumlah responden adalah seramai n=350 dengan respond rate 96.4%. Pengumpulan data adalah dengan menggunakan borang kajiselidik yang telah dimodifikasikan berdasarkan ujian Analisa Penerokaan Faktor (EFA). Soal selidik mengandungi 4 komponen iaitu kepercayaan penyakit (IPQ-R), kepercayaan perawatan (BMQ), penjagaan kendiri (SCHFI) dan kualiti hidup (MLHFQ). Penganalisaan data menggunakan Analisis Faktor Pengesahan (CFA) dan Model Persamaan Struktur (SEM) dalam menguji kesahihan hipotesis yang dibina dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa kepercayaan penyakit dan perawatan terhadap kualiti hidup hanya wujud apabila mereka mengamalkan penjagaan kendiri yang sempurna. Dapatan ini telah menjelaskan secara signifikan bahawa kedua-dua elemen ini memberi kesan kepada kualiti hidupnya apabila mereka mengamalkan penjagaan kendiri secara optima. Bagi analisa moderator, iaitu umur, tahap pendidikan, status sosial dan tahap aktiviti mengikut New York Heart Association ( NYHA) sebagai moderator dalam kajian. Keputusan kajian mendapati pesakit kegagalan jantung yang berumur lebih dari 50 tahun mempunyai kualiti hidup yang baik berbanding umur yang kurang dari 50 tahun. Tahap pendidikan yang mempunyai sekurang-kurangnya ijazah menikmati kualiti hidup yang lebih baik berbanding yang tiada mempunyai pendidikan tertiari. Status sosial yang baik, iaitu tinggal bersama keluarga dan pasangan mempunyai kualiti hidup yang lebih berkualiti dan pada masa yang sama, kajian ini juga menunjukkan bahawa tahap 1 dan tahap 2 aktiviti berdasarkan NYHA dikalangan pesakit kegagalan jantung akan melalui kehidupan yang lebih efisen. Implikasi secara teori, kajian ini dianggap sebagai kajian utama dalam menggabungkan empat konstruk secara teori ke dalam satu model Common Sense (CSM) yang mana mekanisma mengawal diri adalah hasil dari pendekatan logikal daripada perspektif individu tersebut dalam menginterpretasi maklumat yang diterima. Justeru itu dengan hasil kajian ini dapat memberikan manafaat bagi pengamal kesihatan mengetahui lebih spesifik bagi setiap pesakit kegagalan jantung semasa memberikan perawatan agar lebih holistik dalam kehidupan seharian mereka untuk meningkatkan kualiti kehidupan dengan lebih baik dan produktif. |
Pages: | 368 |
Call Number: | WA20.5.W244h 2021 9HUKMPRA tesis |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Hubungan kepercayaan penyakit, perawatan dan penjagaan kendiri dengan kualiti hidup dalam kalangan pesakit kegagalan jantung permodelan persamaan struktural (SEM).pdf Restricted Access | Full-text | 6.58 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.