Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773515
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAsfarina Zanudin, Dr.en_US
dc.contributor.advisorNorShita Mat Nayan, Dr.en_US
dc.contributor.advisorNor Azura Azmi, Dr.en_US
dc.contributor.authorRachel Priyasheny Thomasen_US
dc.date.accessioned2024-03-25T06:01:13Z-
dc.date.available2024-03-25T06:01:13Z-
dc.date.issued2024-01-26-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773515-
dc.description.abstractSkoliosis adalah masalah biasa pada kebanyakan remaja. Adolescent Idiopatik Skoliosis (AIS) ditakrifkan sebagai kelengkungan struktur, tepi dan rotasi tulang belakang pada remaja. Saringan skoliosis dilakukan terutamanya untuk tujuan pengesanan awal kelengkungan tulang belakang dan kebiasaannya dilakukan di sekolah. Skoliometer dan ujian Adam Forward Bending Test disyorkan sebagai alat saringan skoliosis. Walau bagaimanapun, saringan menggunakan skoliometer memerlukan tenaga kerja terlatih, masa dan kos yang tinggi. ScoScreen ialah aplikasi mudah alih yang membolehkan pengguna memilikinya akses kepada alat saringan awal AIS yang sahih dan boleh dipercayai. Oleh itu, tujuan utama kajian adalah membangunkan aplikasi baru dikenali sebagai ScoScreen untuk saringan AIS. Kajian ini dijalankan dalam tiga fasa. Fasa pertama adalah membangunkan aplikasi ScoScreen melalui kesahan kandungan. Fasa kedua adalah menguji penerimaan sistem ScoScreen dalam kalangan pengguna. Fasa terakhir adalah kajian keratan rentas yang terdiri daripada: 1) kesahan konstruk; 2) kebolehpercayaan antara penilai; 3) kesahan kumpulan yang diketahui . Nilai statistik Kappa bagi kesahan kandungan dalam kajian ini antara 0.816 hingga 1.0, bererti kesemua item adalah cemerlang dalam aspek kesahan kandungan. Kesemua konsep Technology Acceptance Model dalam ujian penerimaan sistem aplikasi ScoScreen diterima dengan baik dengan nilai p> 0.05. Keputusan ujian kesahan konstruk menunjukkan bahawa nilai bacaan aplikasi ScoScreen dan skoliometer konvensional mempunyai hubungan linear yang signifikan (r=.979, p <0.001). ICC pula mencatatkan nilai 0.995 yang menunjukkan kebolehpercayaan antara penilai yang sangat baik. Kajian kesahan kumpulan menunjukkan tiada signifikasi antara kumpulan dengan AIS dan tanpa AIS (z=-6.679, p=.00) Aplikasi ScoScreen mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang kukuh dalam saringan awal AIS. Saringan menggunakan aplikasi ScoScreen lebih praktikal, menjimatkan, mudah dan efektif setanding Skoliometer.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectScoliosisen_US
dc.subjectSpineen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePembangunan aplikasi mudah alih (scoscreen) untuk saringan awal adolescent idiopatik skoliosisen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages121en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Sains Kesihatanen_US
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembangunan aplikasi mudah alih (scoscreen) untuk saringan awal adolescent idiopatik skoliosis.pdf
  Restricted Access
Full-text1.67 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.