Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773297
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Siti Norul Huda Sheikh Abdullah, Prof. Madya. Dr. | en_US |
dc.contributor.advisor | Raja Jamilah Raja Yusof, Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Noridayu Adnan (P103839) | en_US |
dc.date.accessioned | 2024-03-18T06:44:05Z | - |
dc.date.available | 2024-03-18T06:44:05Z | - |
dc.date.issued | 2023-02-14 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773297 | - |
dc.description | Full-text | en_US |
dc.description.abstract | Peningkatan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dan kemajuan teknologi telah memperkenalkan pembelajaran STEM ke mata dunia. Namun begitu, para pelajar beranggapan bahawa pembelajaran STEM adalah terlalu mencabar, membosankan atau kurang diminati. Model pembelajaran pengalaman diperkenalkan kepada guru sebagai landasan dalam mengasahkan cara pemikiran para pelajar. Model Matsuo-Nagata 2020 dilihat masih mempunyai kekurangan kerana tidak menekankan aspek teknikal dalam cara penyelesaian masalah. Walaupun model pembelajaran Matsuo-Nagata telah menambahbaik dua komponen daripada model Kolb 1984 iaitu (i) pengalaman dijangka dan tidak dijangka, dan juga (ii) pengurusan emosi, namun model ini masih tiada komponen yang boleh menjadi kaedah terbaik secara teknikal penyelesaian masalah. Oleh itu, kajian ini menekankan penggunaan pemikiran komputasional dan pemikiran tentangan ke dalam model pembelajaran Matsuo-Nagata dan membentuk sebuah model baharu iaitu Model Pembelajaran Pemikiran Siber. Penggunaan dron digunakan bagi mengaplikasikan Model Pembelajaran Pemikiran Siber untuk memperkenalkan aspek keselamatan siber semasa mengendalikan teknologi moden. Objektif kajian ini adalah (i) menganalisis model pembelajaran pengalaman secara integrasi pemikiran komputasional dan keselamatan siber dengan menggunakan kajian literatur komprehensif, (ii) mengenal pasti faktor – faktor pembelajaran pengalaman melalui perbincangan kumpulan berfokus, dan (iii) mereka bentuk pindaan model pembelajaran pengalaman secara integrasi pemikiran komputasional dan pemikiran tentangan dengan menggunakan kaedah PPBK-DTS . Faktor pembelajaran pengalaman dikaji berdasarkan model-model pembelajaran pengalaman daripada kajian-kajian lepas. Komponen model yang dibangunkan disahkan melalui perbincangan kumpulan berfokus. Seramai 131 guru telah diberikan borang soal selidik dengan menggunakan teknik persampelan rawak untuk mengesahkan model yang dibangunkan. Hasil perbincangan yang dijalankan telah direkodkan dan dianalisa. Pengesahan komponen model juga dilakukan melalui agihan instrumen soal selidik kepada pakar dan dianalisis dengan menggunakan kaedah PPBK-DTS . Hasil analisis mendapati hipotesis bagi empat komponen model diterima dengan nilai p=0.000 (pengalaman dijangka dan tidak dijangka – pengurusan emosi), p= 0.000(pengurusan emosi-pemikiran komputasional) dan p=0.045 (pengurusan emosi – pemikiran tentangan); pemikiran siber, p=0.001 (pemikiran komputasional – pemikiran tentangan), p=0.000 (refleksi komputasional – pengalaman dijangka dan tidak dijangka), p=0.000 (refleksi komputasional – pemikiran komputasional), dan p = 0.000 (refleksi komputasional – pemikiran tentangan); pemikiran siber. Empat komponen ini telah dibangunkan membentuk Model Pembelajaran Pemikiran Siber yang dapat membantu pelajar membangun secara kognitif (kaedah penyelesaian masalah), afektif (pengurusan emosi dengan baik) dan juga keselamatan siber (pengendalian dron selamat). | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.subject | Revolusi Industri 4.0 | en_US |
dc.subject | Information technology | en_US |
dc.title | Integrasi model pembelajaran pengalaman berasaskan pemikiran siber bagi aktiviti teknologi dron | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 225 | en_US |
dc.identifier.barcode | 005984(2021)(PL2) | en_US |
dc.format.degree | Sarjana Sains Komputer | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
INTEGRASI MODEL PEMBELAJARAN PENGALAMAN BERASASKAN PEMIKIRAN .pdf Restricted Access | Full-text | 8.73 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.