Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773257
Title: Kesan sistem pengurangan hingar digital alat bantu pendengaran terhadap persepsi tinitus dan identifikasi perkataan dalam kalangan pesakit tinitus bermasalah pendengaran
Authors: Nurul Najwa Nazri (P93309)
Supervisor: Wan Syafira Ishak, Dr.
Chong, Foong Yen Dr.
Keywords: Noise
Hearing Aids
Tinnitus
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2-Feb-2022
Abstract: Sistem pengurangan hingar digital (DNR) merupakan satu ciri teknologi yang terdapat dalam alat bantu pendengaran (ABP). Sistem ini membantu mengurangkan bunyi hingar persekitaran untuk memberi keselesaan kepada pemakai ABP. Walau bagaimanapun, sistem ini mungkin tidak sesuai untuk pemakai ABP yang mengalami tinitus. Ini kerana, pesakit tinitus bukan sahaja memerlukan pemprosesan signal dalam ABP yang dapat membantu kebolehfahaman pertuturan dalam hingar, mereka turut memerlukan bunyi persekitaran untuk mengurangkan tumpuan terhadap tinitus. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan sistem DNR terhadap persepsi tinitus dan identifikasi perkataan dalam kalangan pesakit tinitus. Pengujian elektroakustik dijalankan terlebih dahulu ke atas tujuh jenis ABP menggunakan signal ujian pertuturan Bahasa Melayu dalam hingar yang baru dibentuk untuk mengkaji keberkesanan fungsi DNR. ABP yang mempunyai pengurangan gandaan yang sederhana digunakan dalam pengujian ke atas subjek. Sejumlah 12 subjek tinitus bermasalah pendengaran tahap ringan ke sederhana teruk dan 12 subjek kawalan dengan tahap pendengaran yang serupa terlibat dalam kajian ini. Kesemua subjek menjalani ujian identifikasi perkataan dalam keadaan mod DNR-On dan DNR-Off dan tanpa pemakaian ABP. Manakala subjek tinitus turut menilai kekuatan dan kejengkelan tinitus dalam kesemua keadaan menggunakan skala visual analog. Hasil kajian menunjukkan tiada perbezaan signifikan pada penilaian persepsi kekuatan dan kejengkelan tinitus serta skor identifikasi perkataan pada subjek tinitus dalam keadaan mod DNR-On dan DNR-Off (p>0.05). Namun, min skor persepsi tinitus lebih baik dengan pemakaian ABP berbanding tanpa ABP. Analisis ANOVA dua hala menunjukkan tiada perbezaan signifikan terhadap skor identifikasi perkataan pada mod DNR-On dan DNR-Off (p>0.05) di antara subjek tinitus dan subjek kawalan. Seramai 75% subjek tinitus dan 67% subjek kawalan cenderung memilih mod DNROn apabila mendengar dalam situasi hingar putih. Manakala seramai 67% subjek tinitus dan 42% subjek kawalan memilih mod DNR-On dalam situasi hingar bebelan bermakna. Kesimpulannya, walaupun sistem DNR tidak memberi kesan kepada persepsi tinitus dan identifikasi perkataan, penggunaan ABP memberi kesan positif kepada persepsi tinitus berbanding tanpa pemakaian ABP.
Pages: 94
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.