Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773250
Title: | Pengaruh pengetahuan pedagogi isi kandungan dan sikap guru terhadap amalan pengajaran dan pemudahcaraan dalam pendidikan stem |
Authors: | Ahmad Al Hilmi Mohammad Salleh (P113404) |
Supervisor: | Lilia Halim, Prof. Dr. |
Keywords: | Pedagogical content knowledge Education -- Study and teaching Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 26-Dec-2023 |
Abstract: | Sejak kebelakangan ini, minat pelajar kepada subjek Sains,Teknologi,Kejuruteraan dan Matematik (STEM) menurun akibat kualiti pengajaran guru Sains. Hal ini disebabkan kerana kelemahan pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) guru melibatkan teknologi dalam PdPc dan kekurangan latihan profesional guru dalam melibatkan konsep PPIK berkaitan dengan amalan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru Sains dalam pendidikan STEM. Sehubungan itu,kajian ini dilakukan bertujuan untuk menentukan tahap PPIK, sikap serta amalan PdPc guru Sains sekolah menengah dalam pendidikan STEM. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana hubungan yang wujud antara PPIK dan sikap guru terhadap amalan PdPc guru Sains dalam pendidikan STEM. Selanjutnya, kajian ini untuk mengenalpasti pengaruh PPIK dan sikap guru terhadap amalan PdPc guru Sains sekolah menengah dalam pendidikan STEM. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif secara tinjauan melalui borang soal selidik yang melibatkan 71 orang guru Sains sekolah menengah yang telah menghadiri program Pembelajaran Sains secara Inkuiri di Pusat STEM Kebangsaan melalui kaedah persampelan rawak mudah. Hasil analisis deksriptif menggunakan perisian IBM SPSS Statistics versi 26 menunjukkan bahawa PPIK, sikap dan amalan PdPc guru Sains dalam pendidikan STEM berada pada tahap yang tinggi. Hasil dapatan menerusi analisis ujian korelasi Pearson mendapati wujudnya hubungan yang signifikan dan kuat antara PPIK dengan amalan PdPc guru dalam pendidikan STEM, [r (71) = .596*, p<.05]. Manakala analisis ujian korelasi Pearson antara sikap dengan amalan PdPc guru dalam pendidikan STEM adalah terdapat hubungan yang signifikan dan kuat [r (71) = .564*, p<.0 5]. Sementara itu, analisis regresi berganda menunjukkan PPIK (menyumbang 47.1%) adalah peramal terbaik berbanding sikap guru (menyumbang 34.3%) terhadap amalan PdPc guru Sains. Implikasinya, latihan dalam perkhidmatan perguruan perlu dipertingkatkan agar dapat melaksanakan pendidikan STEM dengan jayanya memandangkan guru memainkan peranan yang signifikan dalam pembangunan PPIK. Selain itu, Bahagian Profesionalisme Guru, Kementerian Pendidikan perlu terus merancang lebih banyak intervensi dan strategi pemantauan yang berkaitan untuk para guru Sains sekolah menengah. |
Pages: | 187 |
Call Number: | LB1028.3.A376 2023 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pengaruh Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan Dan Sikap Guru Terhadap Amalan Pengajaran Dan Pemudahcaraan Dalam Pendidikan Stem.pdf Restricted Access | Full-text | 6.08 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.