Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773247
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZamri Mahamod, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.authorJuaini Ismail (P113530)en_US
dc.date.accessioned2024-03-13T01:48:12Z-
dc.date.available2024-03-13T01:48:12Z-
dc.date.issued2023-11-17-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773247-
dc.description.abstractKemudahan teknologi maklumat dan komunikasi merupakan komponen penting dalam era globalisasi. Kecekatan dan kecanggihannya mampu melahirkan pelajar yang berkualiti serta berdaya saing dengan dunia luar. Oleh hal yang demikian, kajian ini mengetengahkan tentang penggunaan m-pembelajaran berdasarkan pendekatan heutagogi dalam kalangan pelajar tingkatan enam ketika belajar bahasa Melayu di luar bilik darjah dari segi sikap, kemahiran, pengetahuan dan amalan mereka. Kajian ini juga dilaksanakan bagi menentukan perbezaan pelajar dari segi sikap, kemahiran, pengetahuan dan amalan berdasarkan jantina dan kelas. Selain itu, kajian juga melihat tentang pengaruh bagi sikap, kemahiran dan pengetahuan terhadap amalan m pembelajaran pelajar berdasarkan pendekatan heutagogi tersebut. Kajian dilaksanakan menggunakan reka bentuk kuantitatif melalui instrumen soal selidik yang telah diadaptasi daripada kajian lepas. Data kajian ini diperoleh daripada 292 responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan enam yang mengambil subjek Bahasa Melayu di daerah Kuala Kangsar, Perak dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan. Data dianalisis secara deskriptif iaitu min, frekuensi dan sisihan piawai serta inferensi iaitu ujian-t dan ujian Regresi Berganda menggunakan perisian IBM Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 27.0. Hasil dapatan menunjukkan sikap, kemahiran, pengetahuan dan amalan pelajar tingkatan enam berada pada tahap yang tinggi iaitu 8.82, 4.05, 3.94 dan 3.91. Hasil analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara sikap, kemahiran, pengetahuan dan amalan m-pembelajaran pelajar tingkatan enam berdasarkan jantina dan kelas. Hasil analisis Regresi Berganda juga menunjukkan ketiga-tiga pemboleh ubah bebas, iaitu sikap, kemahiran, pengetahuan mempengaruhi amalan pembelajaran pelajar ketika menggunakan m pembelajaran berdasarkan pendekatan heutagogi dengan nilai R2 ialah 0.758. Hasil penelitian keseluruhan dapatan ini menunjukkan bahawa pengetahuan pelajar (ß = 0.737) lebih mempengaruhi amalan m-pembelajaran berdasarkan pendekatan heutagogi ketika belajar bahasa Melayu secara kendiri di luar bilik darjah. Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian ini mengesahkan serta menyokong penggunaan teori pendekatan heutagogi dan konstruktivisme sosial boleh dilaksanakan oleh pelajar tingkatan enam ketika belajar bahasa Melayu di luar bilik darjah. Oleh itu, hasil gabungan penggunaan m-pembelajaran dengan pendekatan heutagogi juga mampu melahirkan pelajar yang cemerlang, boleh berbahasa Melayu dengan cekap dan berupaya untuk berdaya saing dengan masyarakat luar.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectMobile communication systems in educationen_US
dc.subjectMalay language -- Study and teachingen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleSikap, kemahiran dan pengetahuan terhadap amalan m-pembelajaran bahasa Melayu berdasarkan heutagogi dalam kalangan pelajar tingkatan enamen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages209en_US
dc.identifier.callnoLB1044.84.J836 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007311en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.