Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773245
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNorasmah Hj Othman, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.authorLisah Sapudin (P107290)en_US
dc.date.accessioned2024-03-13T01:42:57Z-
dc.date.available2024-03-13T01:42:57Z-
dc.date.issued2023-07-02-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773245-
dc.description.abstractWawasan Kemakmuran Bersama 2030 menyasarkan sekurang-kurangnya 35 peratus pekerja berkemahiran tinggi dalam guna tenaga. Murid yang memiliki kompetensi dan kemahiran baharu yang terarah kepada abad ke-21 merupakan antara hasrat dalam PPPM 2013-2025. Namun, sasaran tersebut masih belum dapat direalisasikan. Kadar pengangguran di Malaysia turut mencatatkan pola peningkatan khususnya dalam era revolusi industri 4.0. Justeru, satu kajian dilaksanakan bertujuan mencapai hasrat tersebut. Kajian ini bertujuan untuk menentukan sumbangan kemahiran abad ke-21 terhadap kompetensi keusahawanan murid sekolah menengah. Reka bentuk kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan secara keratan rentas. Seramai 413 murid sekolah menengah yang mengambil subjek Perniagaan telah dipilih berdasarkan teknik pensampelan rawak secara berperingkat dimulakan dengan teknik pensampelan kluster dan diikuti pensampelan rawak mudah untuk mendapatkan responden kajian. Kesahan dan kebolehpercayaan item dalam instrumen soal selidik diperoleh melalui pengesahan pakar dan ujian rintis. Data dianalisis menggunakan perisian Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 28 bagi mendapatkan analisis deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan kemahiran abad ke-21 dan kompetensi keusahawanan murid pada tahap sederhana tinggi. Analisis ujian t Sampel Bebas menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap kemahiran abad ke 21 antara murid lelaki dan murid perempuan. Begitu juga dengan tahap kompetensi keusahawanan yang menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara murid lelaki dan perempuan. Analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang kuat antara kemahiran abad ke-21 dengan kompetensi keusahawanan. Kemahiran abad ke-21 juga merupakan elemen penting yang mempengaruhi kompetensi keusahawanan murid sekolah menengah. Hal ini dibuktikan melalui dapatan Analisis Regresi Mudah yang menunjukkan sebanyak 59.7 peratus variasi dalam kompetensi keusahawanan dapat dijelaskan oleh kemahiran abad ke-21 murid. Sumbangan varians ini secara tidak langsung mengukuhkan lagi kebolehgunaan Model Kompentesi Keusahawanan. Maka, terbuktilah bahawa model ini adalah signifikan dalam mengukur kompetensi keusahawanan murid sekolah menengah. Secara keseluruhannya, murid sekolah menengah memiliki kompetensi keusahawanan yang dapat dijadikan persediaan dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan. Namun, kompetensi ini boleh dipertingkatkan lagi. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat membuka mata semua pihak khususnya golongan pendidik agar dapat memperkasakan kemahiran abad ke-21 murid melalui pelbagai pendekatan dan strategi. Program dan aktiviti keusahawanan juga dapat dirangka sebagai pelengkap kemahiran dalam meningkatkan kompetensi keusahawanan murid sekolah menengah.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectEntrepreneurshipen_US
dc.subjectBusiness studentsen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKemahiran abad ke-21 dan kompetensi keusahawanan murid sekolah menengahen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages183en_US
dc.identifier.callnoHB615.L537 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007309en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
KEMAHIRAN ABAD KE-21 DAN KOMPETENSI KEUSAHAWANAN MURID SEKOLAH MENENGAH.pdf
  Restricted Access
2.25 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.