Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773243
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Wan Zuhairi Wan Yaacob, Prof. Madya Dr. | en_US |
dc.contributor.advisor | Mohd Rozi Umor, Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Sheila Rozalia Abdul Rashid (P106683) | en_US |
dc.date.accessioned | 2024-03-13T01:39:19Z | - |
dc.date.available | 2024-03-13T01:39:19Z | - |
dc.date.issued | 2023-09-17 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773243 | - |
dc.description.abstract | Penilaian pencemaran geogenik dalam tanah serpentinit terdiri daripada empat komponen utama iaitu pengumpulan, ketoksikan, bioketersediaan dan pergerakan logam berat dalam persekitaran. Sebanyak 13 sampel batuan dan 25 sampel tanah dicerap dari lima lokasi berbeza di seluruh Semenanjung Malaysia, iaitu di Lojing-Gua Musang (GM), Kelantan, Batu Malim (BM), dan lebuh raya Central Spine (BSR) di Bentong, Petasih (PTS), dan Felda Bukit Rokan (FBR) di Negeri Sembilan. Objektif utama penyelidikan ini adalah untuk menilai keempat-empat komponen utama pencemaran geogenik dalam lapan jenis logam berat yang berbeza, iaitu Cr, Ni, Co, Cd, Cu, Pb, Mn, dan Zn. Kaedah keratan nipis batuan, pembelauan sinar-X (XRD), dan pendarfluor sinar-X (XRF) digunakan untuk pencirian sampel batuan dan tanah dari segi petrografi, mineralogi, dan geokimia. Jumlah kepekatan logam berat dalam tanah serpentinit diukur melalui kaedah pencernaan asid USEPA 3050B. Dua piawaian iaitu USEPA Had Pengawalan Bahan Logam dan Panduan Pengurusan dan Kawalan Tanah Tercemar No.1: Tahap Saringan Tapak Cadangan Malaysia untuk Tanah Tercemar, digunakan untuk menentukan ketoksikan tanah yang diukur oleh Prosedur Pencirian Larut Resap (TCLP). Penilaian bagi bioketersediaan dan pergerakan logam berat dinilai menggunakan Jujukan Ekstraksi Terpilih (SSE). Batuan serpentinit dari kawasan PTS, GM, BM dan BSR menunjukkan protolitos batuan peridotit dengan kehadiran mineral silikat ferromagnesian seperti serpentin, tremolit, diopsid dan olivin. Manakala, bagi sampel di kawasan FBR menunjukan pencirian igneus dengan kehadiran diopsid, kalsium plagioklas dan ortopiroksen. Tanah permukaan batuan serpentinit ini kaya dengan mineral seperti kromit, magnetit, hematit dan geotit yang mendorong kepada pengayaan logam berat. Purata kepekatan logam berat yang direkodkan dalam kajian ini meningkat berbanding kajian terdahulu dengan nilai Ni = 6949 mg/kg, Co = 2534 mg/kg, Cr = 10705 mg/kg, Cd = 11331 mg/kg, Cu = 578 mg/kg, Pb = 104 mg/kg, Zn = 587 mg/kg dan Mn = 17 mg/kg. Sebahagian besar dari ketoksikan logam pada tanah yang diperoleh tidak melebihi had piawai yang ditetapkan kecuali pada logam Mn yang berada di tahap 4× ganda ketoksikan dari had yang ditetapkan. Kesemua logam berat yang dikaji kecuali Mn terikat pada fraksi tanah sisa yang menunjukan bahawa logam tersebut tidak bioketersediaan dan tidak bergerak di dalam alam sekitar. Logam Mn bersifat bioketersediaan dalam fraksi Mn-oksida dan berpotensi untuk bergerak di persekitaran. Hasil kajian mendapati bahawa logam berat terikat dalam fraksi tanah berbutir pasir halus hingga sangat halus (0.063 – 0.25 mm) dan di dalam gabungan kelodak dan lempung (<0.063 mm). Sebaliknya, logam berat yang terkumpul dalam saiz pasir kasar ke sederhana kasar (0.25-1.00 mm) bersifat bioketersediaan dan mudah bergerak dalam persekitaran. Kesimpulannya, logam berat yang berada dalam tanah serpentinit yang dikaji ini tidak menyebabkan pencemaran geogenik. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Soils | en_US |
dc.subject | Geochemistry | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Penilaian pencemaran geogenik di dalam Tanah Serpentinit di Semenanjung Malaysia | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 216 | en_US |
dc.identifier.callno | S591.S534 2023 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 007307 | en_US |
dc.format.degree | Sarjana Sains | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Penilaian pencemaran geogenik di dalam Tanah Serpentinit di Semenanjung Malaysia.PDF Restricted Access | Full-text | 179.79 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.