Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773227
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohamad Fauzi Sukimi, Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Nurul Asyikin Zainal Abidin (P92868) | en_US |
dc.date.accessioned | 2024-03-12T07:43:16Z | - |
dc.date.available | 2024-03-12T07:43:16Z | - |
dc.date.issued | 2023-09-17 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773227 | - |
dc.description.abstract | Viktimologi sebagai satu sub-bidang dalam dalam bidang Kriminologi memberikan tumpuan kepada mangsa jenayah. Victim-blaming seringkali diguna pakai bagi menjelaskan kes serangan seksual ke atas golongan wanita. Dalam hal ini, mangsa dipersalahkan kerana dikatakan mengundang serangan dan jenayah yang berlaku ke atas diri mereka sendiri disebabkan faktor gaya hidup dan rutin harian yang berisiko. Teori Aktiviti Rutin menyatakan jenayah viktimisasi berlaku berdasarkan keterlibatan tiga pihak iaitu pesalah yang bermotivasi, target yang menarik dan ketiadaan penjaga yang berkebolehan. Manakala, Teori Gaya Hidup menunjukkan kepada kemungkinan kepada sesebuah risiko berlakunya atau menjadikan seseorang individu itu mangsa jenayah berdasarkan aktiviti harian seseorang. Justeru, kajian ini ingin merungkai jenis viktimisasi berdasarkan pengalaman mangsa. Kedua, menjelaskan faktor serangan seksual terjadi melalui lima indikator. Ketiga, meneliti kesan serangan seksual terhadap tingkahlaku dan emosi mangsa. Penilitian dijalankan di sekitar kawasan Lembah Klang. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kualitatif ke atas 11 orang informan yang dipilih melalui teknik pensampelan bertujuan. Kaedah temubual mendalam berpandukan soalan separa struktur dan pemerhatian tidak ikut serta digunakan. Sintesis daripada dua teori ini menghasilkan Model Serangan Seksual yang melihat serangan seksual berdasarkan faktor mangsa yang berisiko, lokasi serangan seksual, ketiadaan penjaga berkebolehan, pesalah bermotivasi dan ditambah dengan satu lagi faktor iaitu hubungan mangsa dan pesalah. Model ini dioperasionalisasikan dan diaplikasi bagi menguji serta mendapat pemahaman mengenai isu serangan seksual secara lebih mendalam. Hasil kajian mendapati tidak terdapat satu pola mengenai bagaimana sesuatu tingkahlaku individu mencetuskan kes serangan seksual yang berlaku melainkan serangan seksual berlaku ketika mangsa bersendirian dengan penyerang secara paksa mahupun paksa rela. Serangan seksual berlaku berdasarkan peluang yang diwujudkan oleh pesalah yang bermotivasi dan ketidakberdayaan mangsa. Seterusnya, terdapat lima tahap serangan seksual yang diklasifikasikan kepada rogol, cubaan rogol, peneterasi, sentuhan seksual yang tidak diingini dan gangguan seksual. Serangan seksual telah memberi kesan mendalam terhadap perubahan tingkahlaku dan emosi mangsa sehingga membawa kepada depresi dalam kalangaan mangsa. Kesimpulannya, victim-blaming atau keputusan untuk menyalahkan mangsa adalah satu keputusan yang salah bagi kes serangan seksual, kesan mendalam hanya menjejaskan keadaan mangsa. Serangan seksual boleh berlaku berdasarkan kemungkinan peluang yang dibina bagi pesalah dan kelalaian penjaga tanpa ciri-ciri tertentu mangsa. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Sexual disorders | en_US |
dc.subject | Sexual assault | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Serangan seksual ke atas wanita daripada perspektif mangsa | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 171 | en_US |
dc.identifier.callno | RC556.N837 2023 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 007290 | en_US |
dc.format.degree | Ph.D | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
SERANGAN SEKSUAL KE ATAS WANITA DARIPADA PERSPEKTIF MANGSA.pdf Restricted Access | 1.98 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.