Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773173
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Norfilza Mohd Mokhtar, Prof. Madya. Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Fateen Farhana Ibrahim (P63271) | en_US |
dc.date.accessioned | 2024-03-07T02:32:25Z | - |
dc.date.available | 2024-03-07T02:32:25Z | - |
dc.date.issued | 2016-02-10 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773173 | - |
dc.description.abstract | Metastasis adalah punca utama kematian bagi kebanyakan pesakit kanser serus ovari (SEOC). Molekul endogenus yang dikenali sebagai mikroRNA (miRNA) telah dikaitkan terlibat dalam proses metastasis. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji peranan miRNA dalam mengawal atur SEOC bermetastasis. Penilaian sistematik fungsian miRNA dilakukan dengan gabungan di antara integrasi profil ekspresi miRNA dan mRNA, penghibridan in situ (ISH), ramalan in silico melalui perisian miRWalk dan asai fungsian. Analisis daripada pemprofilan ekspresi miRNA ke atas sampel FFPE yang terdiri daripada 22 sampel SEOC dan 22 sampel ovari normal mengenal pasti 38 miRNA dengan perbezaan ekspresi signifikan di mana 18 miRNA berekspresi tinggi dan 20 miRNA berekspresi rendah di dalam sampel SEOC berbanding dengan ovari normal. Pengesahan lapan miRNA yang mempunyai ekspresi paling tinggi (miR-7, miR-21, miR-31, miR-141, miR-182, miR-200a, miR 200b dan miR-200c) menggunakan tindak balas berantai polimerase kuantitatif menunjukkan keputusan yang sama dengan keputusan pemprofilan miRNA. Daripada analisis ISH, miR-200c dikesan di dalam sitoplasma sel kanser epitelium. MiR-200c dan miR-31 telah dipilih untuk kajian in vitro seterusnya. Analisis integrasi pemprofilan ekspresi miRNA dan mRNA menunjukkan bahawa DLC-1 adalah gen sasaran putatif untuk miR-200c dan AFF1 adalah gen sasaran putatif untuk miR-31. Tahap ekspresi gen DLC-1 adalah rendah secara signifikan berikutan transfeksi eksogenus miR-200c dan ekspresi gen AFF1 adalah rendah berikutan transfeksi eksogenus miR-31 di dalam titisan sel CAOV3 dan SKOV3. Transfeksi mimik miR 200c ke dalam titisan sel CAOV3 dan SKOV3 meningkatkan proliferasi sel dan keupayaan pembentukan koloni tetapi merencatkan migrasi dan invasi sel secara signifikan. Pengekspresan semula miR-31 merencatkan proliferasi sel, potensi klonogenik, migrasi dan invasi sel secara signifikan di dalam dua titisan sel tersebut. Keputusan yang diperolehi daripada kajian ini memberi pemahaman asas berkenaan peranan miRNA di dalam pengawalan perkembangan SEOC. MiRNA ini boleh bertindak sebagai biopenanda novel dan berpotensi sebagai agen terapi anti-metastasis untuk pesakit SEOC. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | en_US |
dc.relation | UKM Medical Molecular Biology Institute / Institut Perubatan Molekul (UMBI) | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Ovarian Neoplasms | en_US |
dc.subject | Neoplasm Metastasis | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Pencirian mikrorna di dalam kanser serus ovari bermetastasis | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 39 | en_US |
dc.identifier.callno | QU20.F252p 2015 9HUKMPRA tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 00002190755 | en_US |
dc.format.degree | Ijazah Sarjana Sains Perubatan | en_US |
Appears in Collections: | UKM Medical Molecular Biology Institute / Institut Perubatan Molekul (UMBI) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pencirian mikrorna di dalam kanser serus ovari bermetastasis.pdf Restricted Access | Partial | 538.78 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.